[VIDEO] Achey Tersentuh Ayah Dendangkan Lagu ‘Madah Pujangga’ Sewaktu Dalam Kereta

Perasaan sebak jelas terpancar di wajah pelawak terkenal, Achey sebaik sahaja abah tercinta menyanyikan sebuah lagu yang berjudul Madah Pujangga. Menerusi Instagram, Achey sempat merakam momen tersebut ketika mereka berdua sedang berada di dalam kereta.

Giliran saya jaga abah

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Abah power… hari ni turn saya jaga abah… tq adik beradik saya yang lain sama2 jaga abah sebelum ni..niat acah2 nak nyanyikan untuk abah… sbb orang lain order kita nyanyi je… abah tak pernah order… tapi kita offer… last2 dia yang nyanyikan untuk kita… sebak kejap aku… yess tak perlu sedap mana… pengertian lebih bermakna… oleh kerana abah suka lagu ni… saya akan buat sesuatu dengannya… #madahpujangga

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Menurut Achey, pada mulanya dia ingin mendedikasikan sebuah lagu buat ayahnya iaitu Hamzah Salam. Namun, dia sempat bertanya dahulu mengenai lagu kegemaran ayahnya sebelum menyanyikan lagu tersebut. Lagu Madah Pujangga nyanyian asal P.Ramlee menjadi lagu kegemaran ayah Achey dan dalam video yang dikongsikan, ayah Achey sendiri yang menyanyikan lagu tersebut.

Achey turut kelihatan tersentuh dan sebak semasa ayahnya menyayikan lagu itu. Tambahnya, sebelum ini dia sering melayan permintaan orang ramai untuk menyanyi apa jua jenis lagu dan tidak sangka ayahnya pula yang menyanyikan lagu untuknya.

Rindu arw4h ayah

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen dan rakan artis mengakui bahawa mereka turut tersentuh. Sesetengah netizen turut menyatakan rasa rindu terhadap arw4h ayah mereka yang telah tiada selain mendoakan kesihatan bapa pelawak itu.

Sumber: Achey/OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "[VIDEO] Achey Tersentuh Ayah Dendangkan Lagu ‘Madah Pujangga’ Sewaktu Dalam Kereta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*