“Tak cikgu..Saya tak pernah makan ayam sesedap ini..di sekolah rendah saya jarang makan ayam”

Seorang cikgu berkongsikan kisah mengenai pelajar golongan B40 yang membuatkan ramai tersentuh dan sedih. Kisah ini dikongsikan oleh seorang cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Emmet.teamnetizen.com - “Tak cikgu..Saya tak pernah makan ayam sesedap ini..di sekolah rendah saya jarang makan ayam”

Keputusan mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberi keutamaan kepada anak-anak golongan B40 untuk belajar di sekolah berasrama penuh (SBP) sebenarnya memberi satu rahmat kepada golongan tidak berkemampuan tetapi memiliki anak yang bijak.

Sejak kemasukan ramai anak-anak B40 ini ke MRSM, beberapa rakan guru saya bercerita tentang ketabahan dan kekuatan jiwa anak- anak ini hidup mandiri jauh dari ibu bapa dengan belanja kewangan yang terhad.

“Cikgu…saya pernah terserempak dengan seorang pelajar yang duduk bersendirian di sebuah kerusi jauh dari kafeteria pada waktu rehat…saya mendekati pelajar itu kerana saya mengajar di kelasnya.

teamnetizen.com - “Tak cikgu..Saya tak pernah makan ayam sesedap ini..di sekolah rendah saya jarang makan ayam”
Gambar hiasan

Saya bertanya padanya…kenapa kamu tak makan di kantin?

“Saya takda duit cikgu,” katanya.

Tak sampai hati saya melihatnya begitu. Saya memberikan wang untuk dia makan di kantin.

Bergegas dia berlari ke kafe selepas mengucap terima kasih berkali-kali. Allah sayu saya tengok cikgu…kata rakan kepada saya.

Saya kerap melihat anak-anak murid golongan B40 ini berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Bila ditanya mereka menjawab kami kena jimat duit…jadi kami berpuasa untuk mendapat pahala selain untuk berjimat.

Di sebuah sekolah SBP lain pula, seorang guru warden bercerita kepada saya semasa menjaga dewan makan dia melihat seorang pelajar Tingkatan Satu duduk di sudut agak jauh dan makan sambil mengesat air mata. Bila guru bertanya kenapa kamu menangis? Ada orang bul1 kamu ke?

teamnetizen.com - “Tak cikgu..Saya tak pernah makan ayam sesedap ini..di sekolah rendah saya jarang makan ayam”

Dia menjawab…

“Tak cikgu…saya tak pernah makan ayam sesedap ini…masa sekolah rendah saya jarang makan ayam…ayam di asrama ni sedap dan besar…saya teringat adik-adik saya di rumah,” katanya sambil mengesat air mata.

Allahu…terbungkam gurunya mendengar sambil mengurut belakang pelajarnya…Takpa…Kamu makanlah lepas ni kamu solat doakan adik-adik kamu dapat masuk SBP dan dapat makan sedap-sedap.

Kesimpulannya, ramai anak-anak dari golongan B40 mendapat manfaat daripada kemasukan ke sekolah elit seperti ini. Mereka mungkin zero sekarang, tapi selepas SPM nanti akan keluar menjadi hero kepada bangsa agama dan negara.

Sumber: Team Netizen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Tak cikgu..Saya tak pernah makan ayam sesedap ini..di sekolah rendah saya jarang makan ayam”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*