“Sedap Suara, Serak-Serak Basah” – Eina Azman Menyanyi Sebab Hobi Tapi Ramai Terpegun Dengar Suaranya

Pelakon Eina Azman menarik perhatian pengikutnya selepas menunjukkan bakat nyanyiannya.
 
Perkara itu berlaku selepas Eina berkongsi sepotong video pendek di akaun Instagramnya semalam.
 
Video tersebut merakamkan Eina sedang menyampaikan sebuah lagu berjudul Rela nyanyian Inka Christie.
 
Bagaimanapun Eina memaklumkan hanya menjadikan nyanyian sebagai sebahagian daripada hobinya sahaja.
 
“Selepas paksaan kawan-kawan Eina yang dah berbulan-bulan lamanya, akhirnya saya buat keputusan untuk memuat naik video ini di Instagram.

 
“Rasanya mungkin ada sesetengah daripada kamu tidak tahu mengenai perkara ini, tetapi saya sebenarnya suka sangat menyanyi.
 
“Sejenis syok sendiri nyanyi dalam toilet, dalam kereta, tengah masak, tengah buat kerja, mandikan anak haha,”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

After paksaan kwn kwn Eina yang dah berbulan2 lamanya, finally I decided to post this on my instagram 😅 I think many of you may not know this about me, but I love and enjoy singing very much hehe. Sejenis syok sendiri nyanyi dlm toilet, dlm kereta, tgh masak, tgh buat kerja, mandikan anak haha 😆 Ada tak sesiapa yg sama mcm Eina jugak? . Video ni nyanyi suka suka je, so please be nice on the comment section okay 🙏🏻😅 . #einaazmansings

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya terpegun mendengar suara Eina dan tidak menyangka memiliki bakat terpendam dari segi nyanyian selain memasak.
 
Tidak kurang juga menyatakan rasa kurang puas mendengar suaranya dan berharap Eina dapat berkongsi lebih banyak video nyanyiannya.
 
“Aduhai serba serbi boleh ni datin. Sedap sangat suara tu serak-serak basah,” puji @nrhamizahfzl_
 
“Dahlah cantik, pandai masak, pandai jaga anak, pandai jaga laki, berjaya dalam hidup pandai nyanyi pulak tu

Terdahulu, Eina mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada 31 Ogos 2014.
 
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan sepasang kembar comel, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Sedap Suara, Serak-Serak Basah” – Eina Azman Menyanyi Sebab Hobi Tapi Ramai Terpegun Dengar Suaranya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*