
Seronoknya apabila mempunyai sahabat yang sayang dengan kita dan setiap orang pasti memiliki sahabat bukan? Bagaimanapun, menerusi laman Instagram gelagat tiga sahabat selebriti terkenal menarik perhatian ramai
Tiga sahabat itu merupakan Shuk Sahar, Shuib Sepahtu dan Fizie dan mereka juga bergandingan sebagai penyampai radio Hot FM yang sering mencuit hati ramai.
Menerusi satu video, peminat mereka bertiga dapat menyaksikan persahabatan tiga penyampai radio Hot FM ini apabila Shuk dan Shuib memberikan kejutan buat Fizie sempena hari ulangtahun kelahirannya.
Fizie bagaimanapun menerusi Instagram turut mengucapkan terima kasih buat dua sahabatnya itu dan mengatakan matanya juga ‘berair’. Siapa saja tak terharu bila sahabat buat kejutan istimewa.
Video dikongsikan menerusi laman Hot FM pula, kelihatan moment mereka bertiga disebuah kedai jam G-Shock, Shuib dan Shuk serta Fizie memilih bersama-sama namun siapa sangka, akhirnya itu adalah hadiah buat Fizie. Beruntungnya!
View this post on InstagramSayangnya Shuib & Shuk dekat Fizie 😭❤️ @shuk_hotfm @shuk_hotfm @fizie_hotfm #gengpagihot
Bagaimanapun menjenguk kelaman Instagram milik Fizie, dia ada menceritakan kisah ketika diberikan kejutan oleh Shuib dan Shuk.
Beri hadiah jam G-Shock
Ujarnya, lepas on air dia diajak dua sahabatnya itu makan dan tiba-tiba singgah di kedai jam dan dia d1suruh untuk memilih. Oleh kerana, menyangka jam itu kepunyaan Shuib membuatkan dia terkejut rupanya dia telah memilih hadiah buatnya sendiri.
Diruangan komen, rata-rata memberikan pujian buat tiga sahabat mereka selain video berkenaan juga meraih ribuan tontonan.
“Alhamdulillah dapat kawan baik…”
“Seronokla dapat hadiah… bagusnya korang”
Sumber : HCL/Khalifah Media
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh Media
Be the first to comment on "Menitik air mata Fizie! Shuib & Shuk minta pilih jam ‘G-Shock’, rupanya hadiah"