“Untuk Dia Buka Rantai, Itu Soal Hidayah” – Caprice Nafi Pertahan MK

Rapper dan usahawan, Caprice menafikan d4kwaan segelintir pihak mengatakan dia mempertahankan rakan industrinya, MK berkaitan 1su pemakaian barang kemas yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Menurut Caprice, meskipun anggota kumpulan K-Clique itu sudah dianggap seperti adik sendiri, namun dia tetap menegur kesalahan.

“Saya tidak mempertahankan perbuatan MK, malah saya sudah menghubunginya untuk memohon maaf secara terbuka tentang penggunaan perkataan ‘langgar’ hukum agama, ramai sudah tonton video dia memohon maaf itu.

“Mungkin ada yang silap faham sahaja, memang saya anggap dia seperti adik, tetapi jika saya memihak kepadanya, sudah tentu saya tidak akan berbuat demikian,” jelas Caprice.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32, berkata demikian ketika ditemui di sidang media Nusa Fest bertempat di Alila Bangsar, Kuala Lumpur petang semalam.

Tambah Caprice, meskipun MK sudah meminta maaf tentang kenyataannya, namun tiada yang boleh mem4ksa dia membuka rantai kerana itu merupakan soal hidayah.

“Dia sudah maaf untuk kenyataannya, namun untuk dia membuka rantai, itu terpulang kepada dia sendiri apabila mendapat hidayah.

“Kita tidak boleh paksa MK buka rantai, hidayah itu milik Allah dan kita tidak boleh mempertikaikannya,” tambah Caprice.

Sebelum ini, MK dikritik selepas mengeluarkan kenyataan yang disifatkan agak keterlaluan apabila mend4kwa dirinya memang sengaja ‘langgar’ hukum demi minatnya yang suka memakai barang kemas.

Bagaimanapun, MK kemudian dilaporkan sudah memohon maaf atas selepas menyedari keterlanjuran katanya itu.

Perkara itu turut dikongsi Caprice di akaun Instagram miliknya.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Untuk Dia Buka Rantai, Itu Soal Hidayah” – Caprice Nafi Pertahan MK"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*