“Dia Agak M1steri, Saya Sendiri Tak Jelas Tentang Background Dirinya…”- Ella Terkejut Dengan Kem4tian Adik Caroline

Ratu Rock Ella akui terkejut dengan berita kem4tian adik kepada bekas protegenya Puteri Caroline dalam program Mentor musim keenam sebelum ini.

Adik kepada Caroline iaitu Lady Caccabella dipercayai telah men1nggal dunia kerana ditik4m teman lelakinya sendiri.

Ella berkata dia kini sedang mencari Caroline kembali selepas kali terakhir menghubungi penyanyi tersebut pada akhir tahun lalu.

“Saya terkejut dan simpati dengan berita yang saya dengar ini.

“Saya jadi huru-hara ni nak cari di mana dia kerana saya sendiri tak tahu di mana dia sekarang.

“Kali terakhir dia hubungi saya dan memberitahu dia berada di Singapura,” katanya kepada Gempak.

Ella ditemui Gempak selepas sidang media Konsert Kembara Kita di Petaling Jaya, pada Rabu.

Satu kenyataan media daripada Ketua Polis Daerah Wangsa Maju telah dikeluarkan kelmarin berikutan satu k3s kem4tian yang berlaku di Kampung Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur.

Menurut laporan polis, Lady Caccabella ditemui dengan kesan tik4man pada perut.

Tambah Ella lagi sepanjang mengenali Caroline dia juga tidak jelas mengenai asal usul protegenya itu.

“Dia agak m1steri, saya sendiri tak jelas tentang background dirinya.

“Malah saya sendiri tak tahu berapa adik beradik yang dia ada.

“Apa-apa pun saya sayangkan dia kerana dia seorang anak yang baik,” kata Ella lagi.

Ella dan Datuk Ramli Sarip bakal beraksi dalam Konsert Kembara Kita yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 14 dan 15 Februari ini.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Dia Agak M1steri, Saya Sendiri Tak Jelas Tentang Background Dirinya…”- Ella Terkejut Dengan Kem4tian Adik Caroline"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*