“Kerja Rumah Tangga Ni Tak Pernah Habis” – Ebit Lew Nak Guna Pembantu Rumah, Tapi Bidadarinya Tak Mahu Sebab….

Pend4kwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa kasihan terhadap isterinya yang banyak berkorban masa dan tenaga menguruskan rumah tangga seharian.

Katanya, biarpun hanya sebagai seorang suri rumah, kerja dan tanggungjawab yang dipikul insan yang dianggap sebagai bidadari itu sesuatu yang cukup memenatkan.

Disebabkan itu jugalah, katanya, sebelum ini dia pernah mahu menggunakan khidmat pembantu rumah bagi mengurangkan bebanan bidadarinya, namun, hasratnya itu kemudian ditolak.

“Dulu ramai marah tanya takkan isteri belajar tinggi-tinggi duduk rumah jer jaga anak. Sebenarnya wanita bekerja atau tak bekerja penat sangat. Kerja rumah tangga ni tak pernah habis. Guru, kaunselor,cikgu displin, doktor, peguam, tukang kebun, cef, menteri, pend4kwah, tukang cuci, basuh tandas, basuh berak anak, pelayan, jam loceng, 24 jam kerja seorang wanita saat di rumah.

“Kasihankan. Saya beberapa kali nak cari pembantu rumah. Bidadari saya kata ‘Nanti tak boleh nak c1um pelvk abang bila-bila jer. Saya nak urus semua anak. Semua ilmu dan belajar tinggi untuk beri kasih sayang pada suami dan anak-anak’. Hari-hari urus anak pergi balik sekolah seorang diri,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Ebit Lew menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sedih. Bahagia. Kadang dapat dating masa hantar atau ambil anak sekolah. Masa dengan bidadari tu nikmat sangat besar dalam hidup. Dulu bidadari saya bekerja. Masa busy sangat. Masa anak seorang bidadari berhenti kerja.Bidadari kata dia suka nak jaga anak. Ya Allah penatnya mengurus rumahtangga. Dialah pendakwah sebenarnya. Dialah bidadariku di dunia dan sehingga syurga . Dulu ramai marah tanya takkan isteri belajar tinggi-tinggi duduk rumah jer jaga anak. Sebenarnya wanita bekerja atau tak bekerja penat sangat. Kerja rumahtangga ni tak pernah habis. Bidadariku jadi Guru, kaunselor,cikgu displin, doktor, jururawat ,lawyer,tukang kebun, chef,menteri, pendakwah,tukang cuci, basuh tandas,basuh berak anak, pelayan, jam loceng, 24 jam kerja seorang wanita saat dirumah. . Kasihankan. Saya beberapa kali nak cari pembantu rumah. Bidadari saya kata nanti terhad tak boleh nak cium peluk abang bila-bila jer. Saya nak urus semua anak. Semua ilmu dan belajar tinggi untuk beri kasih sayang pada suami dan anak-anak. . Hari hari urus anak pergi balik sekolah seorang diri. Nikmat Allah pejam celik dah besar anakku semuanya. Penat belajar. Dalam kereta mesti tidur. Lena semua. Senang nak manja dengan bidadari saya. . Ya Allah rindunya. Pengorbananmu bidadariku. Jagakanlah bidadari betapa diriku sayang padanya. Jagakanlah dirinya. Beri sihat sentiasa cantik dan beri kami dapat bersama sampai syurga Firdaus. Ya Allah betapa dirku sayang padanya. Sayanglah padanya-ebitlew #3hariLagi #3hari #keluargasunnah #maepsSerdang #jumpaDisana

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Katanya lagi, disebabkan jadual kerja yang sibuk, adakalanya dia dapat meluangkan masa bersama bidadarinya ketika menghantar anak-anak ke sekolah.

“Sedih. Bahagia. Kadang dapat dating masa hantar atau ambil anak sekolah. Masa dengan bidadari tu nikmat sangat besar dalam hidup. 

“Dulu bidadari saya bekerja. Masa sibuk sangat. Bidadari kata dia suka nak jaga anak. Ya Allah penatnya mengurus rumahtangga. Dialah pend4kwah sebenarnya. Dialah bidadariku di dunia dan sehingga syurga. 

“Nikmat Allah pejam celik dah besar anakku semuanya. Penat belajar. Dalam kereta mesti tidur. Lena semua. Senang nak manja dengan bidadari saya,” katanya yang turut memuat naik sepotong video ketika menghantar anak-anaknya ke sekolah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Nak buka puasa tadi singgah office ambil gambar berdua untuk jubah elews design. Rasa macam honeymoon dengan bidadari. Puas anak-anak gelak jer. 10 minit jer siap. Walau 10 minit berharga buat saya. Teramat berharga kerana dengan bidadari tercinta. Dapat selfie. Nanti rindu boleh tengok semula. Tengok semula senyum jer sebab teringat semua waktu pernikahan. Memegang tangannya terasa sampai ke hati. Memegangnya mendapat pahala. Melihatnya dapat pahala. Tenungnya dapat pahala. Menyayanginya, membantu, membimbingnya semua menjadi pahala dan syurga kita nanti . Ya Allah..betapa besar nikmat ini. Benarlah nikmat paling besar dalam dunia memiliki pasangan penyejuk mata dan nak melangkah bersama masuk syurga . Berbual-bual sekejap jer masa berlalu. Syukur pada Allah Ramadhan kali ini masih bersama bidadari tercinta. Terima kasih ya Allah atas nikmat ini . I love u sayangku. Saya doakan buat semua sahabat sekalian Allah berkati hidup dan diberi bahagia sampai syurga . Boleh dapatkan jubah elews design. Jubah lelaki ayah dan anak. Syukur dah 4 tahun butik @elews_design Bangi Sentral. Terima kaseh Allah. Jemput membeli-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Perkongsian Ebit Lew itu kemudian menerima pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya.

“Ya Allah bagusnya Ustaz Ebit ni. Mudah-mudahan kita dapat jodoh yang baik macam ini.

“Allah indahnya hidup seorang yang bergelar isteri apabila disayangi dan dihorm4ti oleh suami,” komen sebahagian pengikutnya.

Ebit Lew yang mempunyai 1.9 juta pengikut di Instagram itu cukup terkenal dalam memberikan ceramah yang menyentuh hal berkaitan institusi kekeluargaan.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Kerja Rumah Tangga Ni Tak Pernah Habis” – Ebit Lew Nak Guna Pembantu Rumah, Tapi Bidadarinya Tak Mahu Sebab…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*