Rumah tangga diperkatakan gara-gara ‘unfollow’ suami di IG, Kaka Azraff tampil ‘buka mulut’ beri penjelasan

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba rumah tangga penyanyi Kaka Azraff menjadi bualan netizen apabila dia berhenti mengikuti akaun Instagram suaminya, Adam Azriff.

Bagaimanapun Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 31 menjelaskan tindakannya ‘unfollow‘ Instagram suaminya itu dilakukan secara tidak sengaja.

Malah, menurut penyanyi lagu Sibuk ini, rumah tangganya berada dalam keadaan baik dan tidak bermasalah.

Hubungan Kaka dan Adam baik-baik sahaja.

“Sejujurnya, saya memang tidak sengaja nakunfollow Adam dan saya sendiri tak perasan bila masa pula saya tertekan butang unfollow itu.

“Hubungan saya dan suami baik-baik sahaja dan boleh dikatakan setiap hari kami sentiasa fall in love with each other.

“Adam pun berasa geli hati apabila saya tunjuk artikel mengenai perkara itu,” kata Kaka ketika dihubungi mStarpada Khamis.

Kaka diminta mengulas mengenai sebuah artikel yang mend4kwa dia tidak lagi mengikuti akaun laman sosial suaminya.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aslan.

Menerusi artikel tersebut, hasil semakan memperlihatkan Adam masih mengikuti Instagram Kaka.

Kaka dan Adam disatukan sebagai suami isteri pada 14 Disember 2018 selepas dirisik oleh keluarga belah lelaki pada 27 November tahun sama.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan Adam pada 11 Oktober tahun lalu.

Sumber : Mstar/Slamber Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Rumah tangga diperkatakan gara-gara ‘unfollow’ suami di IG, Kaka Azraff tampil ‘buka mulut’ beri penjelasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*