Rakyat Malaysia pertama positif k0ronav1rus dianggar telah berjumpa 100 individu di Kedah, Kelantan

Kelihatan orang ramai di sekitar Stesen Sentral memakai topeng penutup mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan j4ngkitan 2019 Novel Koronav1rus (2019-nCoV). -foto Bernama

SEORANG lelaki berusia 41 tahun yang baru pulang dari menghadiri mesyuarat di Singapura disahkan menjadi warga Malaysia pertama mengh1dap koronav1rus.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, lelaki itu telah bertemu dengan delegasi dari China, malah ada di antaranya datang dari Wuhan.

Selepas pulang dari Singapura, pes4kitkemudian dikatakan telah pergi ke Sungai Petani dan Kelantan bersama isterinya semasa cuti Tahun Baharu Cina, dan dalam masa yang sama menunjukkan gejala-gejala berkemungkinan dijangkiti koronav1rus, lapor Sin Chew Daily.

Disebabkan gejala yang ditunjukkan pada masa itu hanyalah seperti selesema biasa selepas dia mengalami d3mam dan batuk, dia hanya pergi ke sebuah h0spital swasta untuk mendapatkan r4watan pada 23 Januari lalu.

Selepas itu, lelaki berkenaan merayakan Tahun Baharu Cina dengan keluarganya di kampung halamannya di Sungai Petani, Kedah. Mereka juga mengambil gambar keluarga bersama-sama.

Dia kemudian pergi ke Kelantan untuk melawat keluarga sebelah isterinya, sebelum kembali ke Sungai Petani untuk menghadiri majlis ‘reunion’ dengan rakan-rakannya.

Lelaki itu diasingkan di h0spital Sungai Buloh pada 2 Februari lalu, selepas dia disahkan positif koronav1rus.

Lelaki itu did4kwa mempunyai kontak dengan tidak kurang dari 100 orang sepanjang membuat perjalanan di Malaysia dalam tempoh perayaan.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Rakyat Malaysia pertama positif k0ronav1rus dianggar telah berjumpa 100 individu di Kedah, Kelantan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*