tul4r wanita meng4muk gara gara kereta ditund4, ini penjelasan pihak MBSA

WANITA ‘m3ngamuk’ dengan melvdah, menjerit dan memvkul anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan operator tunda kereta di Bandar Baru Sungai Buloh, hari ini.

Dalam kejadian 12 tengah hari, wanita terbabit bertindak membaling kon dan mengasari anggota penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.

Difahamkan, kenderaan milik wanita itu ditunda kerana diletak di tempat yang tidak sesuai.

Perbuatan wanita itu tular di laman sosial apabila ada pihak merakam perbuatannya mengasari dan menolak anggota penguat kuasa dan operator tunda kereta.

Rata-rata netizen mencemuh dan meng3cam tindakan wanita terbabit yang disifatkan menghalang tugas anggota penguat kuasa.

Sementara itu, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, kerja penundaan dilakukan kerana kenderaan terbabit di parkir di tempat tidak sepatutnya.

“Perkara ini tidak mematahkan semangat warga MBSA dalam meneruskan tugas seharian, sebaliknya ia sebahagian daripada cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan tugas,” katanya.

Sumber : Hmetro/Menujukebenaran

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "tul4r wanita meng4muk gara gara kereta ditund4, ini penjelasan pihak MBSA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*