Tak guna ada pangkat! Almy Nadia dedahkan tiada makna suaminya, Fizz Fairuz menang anugerah

Fizz Fairuz atau nama sebenar Dato’ Mohd. Fairuz bin Zainal Abidin antara pelakon yang disegani dalam industri hiburan. Memulakan kerjaya lakonan sebagai pelagak ng3ri, akhirnya dia berjaya mendapat kepercayaan untuk memegang watak utama.

Sumber Instagram

FIZZ FAIRUZ MEMILIKI SYARIKAT SENDIRI

Bukan sekadar berlakon sahaja, Fizz Fairuz juga bijak menggunakan peluang dengan mengusahakan perniagaan sendiri. Dia memiliki syarikat Raimaker Creation Sdn Bhd yang memfokuskan pengurusan dan juga penganjuran sesuatu acara majlis.

Sumber Instagram

Dia pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Popular ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2011. Dan yang paling terbaru, Fizz Fairuz baru sahaja menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin yang diadakan 1 November lepas.

BILA MENANG ANUGERAH, RAMAI YANG TAK BERANI PANGGIL UNTUK BERLAKON

Meski pun memenangi pelbagai anugerah, isteri Fizz Fairuz iaitu Datin Almy Nadia mend3dahkan bahawa suami hampir 3 bulan tidak menerima mana-mana tawaran berlakon. Jelasnya ada pihak yang menyangka dengan anugerah yang dimiliki, bayaran kerja juga turut meningkat.

Sumber Instagram

Jadi, pihak produksi tidak berani untuk membuat tawaran. Almy Nadia mend3dahkan perkara ini menerusi laman instagram miliknya perihal keadaan terkini yang menimpa si suami.

“Bila dah 2 bulan tak ada job,muka ketat…. org bajet dia busy, fizz busy, fizz busy, fizz mahal, fizz sibuk.. hahahahahahahah sedangkan dah dok umah nak masuk bulan ker 3 tak ada..” Tulis Almy di ruangan kepsyen instagramnya.

Sumber Instagram

PEMINAT SENTIASA DOA DIMURAHKAN REZEKI

Perkongsian Almy secara tidak langsung mendapat perhatian pengikutnya. Ramai yang memberikan kata-kata semangat agar bersabar dengan ujian. Mungkin tawaran akan berlibat ganda apabila kita redha dengan rezeki pemberianNya.

Sumber Instagram

Ada yang turut menyatakan mungkin ini adalah peluang untuk aktor tersebut berehat buat sementara waktu setelah berhabisan bekerja sebelum ini.

Sumber Instagram

Konklusinya, itu lah makna kehidupan. Kadang-kadang kita di atas, dan ada ketikanya di bawah. Bukan anak seni sahaja mengalami nasib sebegini, mana-mana bidang pekerjaan pun mengalami pasang surut yang sama.

Didoakan agar Dato’ Fizz Fairuz diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Semoga dengan berkat kesabaran memberikan rezeki yang melimpah ruah kelak. Yakin dengan rezeki Tuhan!

Sumber : Meecks/Slamber Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Tak guna ada pangkat! Almy Nadia dedahkan tiada makna suaminya, Fizz Fairuz menang anugerah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*