Walaupun Minta Maaf, Ustaz Kazim & Ustaz Dusuki Harap Tindakan Tegas Dikenakan Terhadap Usahawan Kosmetik

Ins1den yang melibatkan usahawan kosmetik ke tanah suci Mekah masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Malah 1su ini mendapat pelbagai respon ketidak puasan hati orang ramai. Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias dan Ustaz Ahmad Dusuki memberikan teguran buat usahawan itu.

Mengh1na dan mempermainkan agama

Menurut Ustaz Kazim, pakaian yang dipakai oleh usahawan tersebut ketika di Mekah ternyata mengh1na dan mempermainkan agama Islam. Tambahnya, walaupun usahawan itu sudah membuat permohonan maaf dan mend4kwa dia berniat baik, perbuatannya itu tetap dianggap satu kesalahan dan tindakan yang tegas perlu diambil agar insiden seperti itu tidak berulang lagi.

Walaupun perwatakan, body (badan) perempuan, tetap jantan (lelaki). Kemudian, pergi umrah, lelaki mana boleh pakai pakaian berjahit, mana boleh pakai telekung? Mesti ambil tindakan kerana mengh1na agama, mempermainkan agama. Salah tetap salah dan nilaian baik bukan kita yang boleh tentukan tetapi Allah.

Ingat kisah kaum Nabi Luth

Manakala, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani pula mengingatkan usahawan itu supaya kembali kepada fitrah asalnya dan bertaub4t. Di samping itu, Ustaz Dusuki turut mengingatkan semula kisah kaum Nabi Luth yang dirunkan bala oleh Allah.

Jangan kamu sangka Allah lupa apa kamu lakukan tetapi Allah tangguh sikit saja, nak tunggu masa dan ketikanya. Ketika kamu lupa segala peringatan Allah, Allah buka segala pintu m4ksiat, kamu nak jadi p0ndan, perempuan, Allah biarkan. Sampai kamu rasa gembira sungguh dengan m4ksiat kamu buat, tengah kamu suka, Allah rentap nyawa dalam keadaan mengejut hingga kamu masuk ke dalam kvbur dan tercengang-cengang menghadap Allah.

Sebelum ini, kec0h di media sosial apabila usahawan tersebut dilihat bertelekung di Tanah Suci dan gambar tersebut mengundang reaksi kurang senang ramai pihak. Agensi pelancongan yang membawa usahawan tersebut dan keluarganya menunaikan umrah turut dik3cam kerana membiarkan usahawan itu berpakaian wanita ketika berada di Tanah Suci.

Sumber: Harian Metro/OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Walaupun Minta Maaf, Ustaz Kazim & Ustaz Dusuki Harap Tindakan Tegas Dikenakan Terhadap Usahawan Kosmetik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*