“Insan Mulia… Sudi Masakkan Sebab Kak Teringin Mi” – Fasha Sandha Sayu Terkenang Arw4h Abam

Pelakon cantik, Fasha Sandha sayu mengenangkan pemergian pelawak Allahy4rham Abam yang men1nggal dunia awal pagi tadi.

Menerusi kemas kini Instagram Fasha, aktres drama bersiri Syurga Yang Kedua ini berkongsi berkongsi video Abam yang sedang memasak mi rebus istimewa air tangannya untuk Fasha pada 26 Januari lalu.

Dalam kemas kini yang sama, Fasha turut memuat naik perbualannya di aplikasi WhatsApp bersama Abam.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Allahuakbar, Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee ,lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua. Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu…. Allahuakbar Jom semua followers kesayanganku, Mohon sedekahkan AlFatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin… 😢

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

“Allahuakbar. Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Januari sebab kak teringin mi, lepas dua minggu, Abam dah pi tinggalkan semua.

“Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu… Allahuakbar,” tulis Fasha.

Pelakon yang sedang hamil ini juga memohon agar pengikut laman Instagram miliknya menyedekahkan Al-Fatihah kepada Abam.

“Jom semua followers kesayanganku, mohon sedekahkan Al-Fatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga arw4h ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin…” tulis Fasha lagi.

Terdahulu, pelawak popular Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, yang juga anggota kumpulan Bocey men1nggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi tadi.

Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Insan Mulia… Sudi Masakkan Sebab Kak Teringin Mi” – Fasha Sandha Sayu Terkenang Arw4h Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*