Selepas 12 Tahun, Akhirnya Tok Ti Buat Kemunculan Nyanyikan Lagu Anta Permana Sama Bob Yusof

Kehadiran figura penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang bersiaran secara langsung pada Ahad, nyata menggamatkan penonton yang memenuhi ruang tempat duduk di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Bintang yang sinonim digelar sebagai Penyanyi Nombor Satu Negara itu membuat kejutan dengan menyanyikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof, di tengah-tengah persembahan.

Sebaik kelibatnya muncul seluruh penonton bersorak dan rata-ratanya tidak menjangka akhirnya penyanyi itu membuat kemunculan di pentas berprestij berkenaan.

Siti yang mengenakan busana rona merah hati mendapat sorakan dan tepukan gemurah dari penonton yang ternanti-nantikan kelibat penyanyi itu selepas sekian lama tidak muncul di pentas AJL.

Terdahulu Siti dalam satu kenyataan media akui tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu Anta Permana di pentas AJL34 nanti.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saya muncul di AJL34? . Semuanya akan dapat anda saksikan bagaimana akhirnya saya setuju muncul mengiringi persembahan Bob walaupun hanya di bahagian akhir lagu Anta Permana. . Segalanya akan terungkai di youtube Siti Official Video malam ini. Nantikan ya! . @epie_temerloh @rizmanruzaini

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Terdahulu berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam program Muzik-Muzik, lagu dendangannya itu telah diganti oleh Bob apabila ia layak bersaing pada peringkat separuh akhir, November lalu.

Anta Permana merupakan lagu ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong.

Kali terakhir Siti beraksi di pentas AJL pada 2008 iaitu AJL22 menerusi lagu Destinasi Cinta.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Selepas 12 Tahun, Akhirnya Tok Ti Buat Kemunculan Nyanyikan Lagu Anta Permana Sama Bob Yusof"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*