Selesai Buat Kejutan Di AJL34, Siti Nurhaliza Terus Jalani Pemb3dahan

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru sahaja selesai menjalani pemb3dahan kecil di salah sebuah h0spital.

Berita terbabit dikongsi oleh Siti menerusi kemas kini di ruangan Instagram Stories miliknya.

“Alhamdulillah, semalam selesai persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), saya terus masuk wad untuk menjalani pemb3dahan kecil pagi tadi. Syukur, semuanya berjalan lancar,” tulis Siti.

Menerusi kemas kini terbabit, Siti turut memuat naik fotonya yang berada di wad.

Siti tampil membuat kejutan menyanyikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof di AJL34 yang berlangsung malam tadi.

AJL34 menyaksikan lagu nyanyian Naim Daniel, Sumpah meraih gelaran juara manakala lagu Bangun nyanyian Aman RA mendapat tempat kedua.

Lagu Anta Permana ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu berjaya meraih tempat ketiga di pentas berprestij terbabit.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Selesai Buat Kejutan Di AJL34, Siti Nurhaliza Terus Jalani Pemb3dahan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*