“Ya, Betul Saya Tidak Lagi Berhijab,” – Datuk A.Aida

Penerbit, Datuk A Aida mengakui tidak lagi mengenakan tudung sejak beberapa bulan lalu.

Penampilan A Aida nyata mengejutkan ramai apabila muncul pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) ketika ditemu bual pengacara, Awal Ashaari dan Sherry Alhadad.

“Ya, betul saya tidak lagi berhijab. Tapi, saya tidak mahu bercakap banyak mengenai perkara ini. Saya minta maaf. Dokan yang baik-baik saja buat saya,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Terdahulu, A Aida mula mengenakan hijab selepas mendirikan rumah tangga pada Julai 2018 dengan pelakon, Ariff Aziz.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama sembilan bulan sebelum mengambil keputusan untuk berc3rai pada April tahun lalu.

A Aida adalah penulis lirik lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip yang turut bersaing di AJL tahun ini bersama 11 buah lagu lain.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Ya, Betul Saya Tidak Lagi Berhijab,” – Datuk A.Aida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*