“Macam Tak Percaya Aku & Achey Tengok Pusara Kau ..” – Fad Bocey

Kehilangan ahli kumpulan Bocey, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, amat dirasai semua orang terutama teman rapatnya, Fad.

Fad akui dia masih belum percaya dengan berita pem3rgian Abam yang men1nggal dunia dipercayai akibat de3mam p4nas.

“Aku masih lemah untuk terima semua ini, macam tak percaya aku dan Achey tengok pusara kau kau tapi aku tau aku kena reda,” tulisnya di Instagram Stories.

Dalam pada itu, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam menyatakan hasratnya untuk menziarahi pusara arw4h sejurus tiba dari Tokyo, Jepun.

“Mudah dan hebat bahagian kau bam, ramai yang sayangkan kau apatah lagi aku, kalau nak dihurai perasaan ini terlalu banyak sahabat.

“Insya-Allah esok aku ziarah kau ye. Assalamualaikum, al-fatihah Syed Umar Mokhtar,” coretnya di sebuah entri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mudah dan hebat bahagian kau bam,ramai yg sygkan kau apetah lagi aku,kalau nk dihurai perasaan ni,terlalu banyak sahabat..Insyaallah esok aku ziarah kau ye..Assalammualaikum,Al Fatihah SYED UMAR MOKHTAR🤲🏻😔

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Terdahulu, pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey men1nggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi semalam (10 Februari).

Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Macam Tak Percaya Aku & Achey Tengok Pusara Kau ..” – Fad Bocey"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*