“Shuib Hadiahkan Jam Kesayangan Limited,” Netizen Kagum ‘Mul0t Baik’ Naim Daniel

Meskipun sudah berakhir, Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) pada Ahad lalu namun kemenangan Naim Daniel yang dinobatkan sebagai juara masih lagi terasa.

Bahkan, nyanyian hebat daripada penyanyi dan pelakon ini mendapat pujian ramai apabila memberikan persembahan dengan membawakan lagunya bertajuk Sumpah cukup baik. Malah sehingga kini dia menjadi diantara selebriti yang hangat diperkatakan menerusi laman sosial.

Meskipun saingan begitu sengit antara 12 karya lain, ternyata juara AJL 34 menjadi milik Naim Daniel yang pertama kali berpeluang melakukan persembahan di anugerah berpestij itu.

Bergelar juara AJL 34

Walau bagaimanapun, satu perkongsian menerusi laman Instagram Hot FM mencuri tumpuan ramai apabila dapat melihat betapa sayangnya selebriti, Shuib Sepahtu terhadap juara AJL 34 ini.

Dapat diperhatikan menerusi video, pelawak dan penyampai radio terkenal iaitu Shuib telah memberikan satu hadiah istimewa buat Naim Daniel selepas berniat untuk memberikan kepada dia disaat memenangi Anugerah Juara Lagu pada Ahad lalu.

Naim Daniel terkedu apabila Shuib memberikan jam dan ia merupakan satu barang kesayangan Shuib yang diantara yang limited.

Hadiah Shuib buat Naim Daniel

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hadiah dari seorang abang ❤️😭 @naimdanielx @shuibsepahtu

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Ujar Shuib bahawa penyanyi muda itu juga seorang yang tidak berkira untuk memberikan sesuatu kepada orang lain.

Dalam pada itu, netizen memuji sikap baik Shuib yang memberikan sesuatu yang dia sayang selain ramai turut memuji mulut baik Naim Daniel yang tidak henti-henti mengucapkan yang baik-baik.

“Mulut xlepas perkataan Allah…”

“Orang yang suka memberi hadiah…”

“Bagusla dia.. insya Allah boleh pergi jauh”

Selain Naim Daniel, penyanyi Aman Ra dinobatkan naib juara, tempat ketiga pula dimenangi oleh Bob Yusof dan Hafiz Suip pula membawa pulang dua trofi di AJL 34 iaitu, kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

 

Sumber: Hot FM/RoseMerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Shuib Hadiahkan Jam Kesayangan Limited,” Netizen Kagum ‘Mul0t Baik’ Naim Daniel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*