“Daddy Jaga Hamzah Ye Nak, Anak Daddy 4 Orang Sekarang” – S4yu Fad Bocey Pelvk Anak Tunggal Arw4h Abam

Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam mahu memastikan anak tunggal Allahyarham Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey atau Abam Bocey akan sentiasa dijaga dengan baik.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Fad memuat naik sekeping gambar dia memelvk erat anak kepada arw4h Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia lapan bulan itu.

“Daddy, jaga Hamzah ye nak, anak daddy empat orang sekarang,” tulis Fad berserta hashtag #kitabaikramaisayang #syeduthmanhamzah.

Gambar yang memilukan itu membayangkan betapa akrabnya mereka di dalam Kumpulan Bocey seperti adik beradik sendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ddy jaga hamzah ye nak,anak ddy 4 org sekarang😊😘 #kitabaikramaisayang #syeduthmanhamzah

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Perkongsian Fad itu mendapat lebih 418,000 tanda suka hampir 5,000 komen. Rata-rata komen daripada teman selebriti sendiri yang ternyata setuju dengan kenyataan Fad.

“Jaga dia Fad. Selagi hayat dikandung badan,” tulis Jihan Muse.

Fad yang merupakan seorang pelakon, pelawak dan penyampai radio berkahwin dengan Nur Syahirah A. Rahman pada tahun 2015 dan telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Manakala Allahyarham Abam berkahwin dengan Nor Hidayah Mohd Ali pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Daddy Jaga Hamzah Ye Nak, Anak Daddy 4 Orang Sekarang” – S4yu Fad Bocey Pelvk Anak Tunggal Arw4h Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*