Fad Bocey Menangis Sebak Terima Kek Hari Jadi Di Majlis Tahlil Abam

Siapa yang tidak sedih apabila menyambut hari ulang tahun kelahiran dalam suasana duka apabila insan tersayang pergi menghadap Illahi.

Bukan mudah untuk Fad Bocey atau Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam untuk menghadapi dugaan ini apabila sahabatnya, Abam Bocey men1nggal dunia ketika dia berada di Jepun dan tidak dapat menatap jen4zah buat kali terakhir.

sambut hari lahir ke-29

Lebih menambah kehibaan, Fad telah menyambut hari lahirnya yang ke-29 di kediaman allahyarham Abam bersama sahabat handai dan juga keluarga Abam dalam suasana kurang lengkap seusai majlis tahlil pelawak tersebut.

Patutnya Abam yang ingin lakukan kejutan

Kejutan tersebut telah dibuat secara ringkas oleh isteri dan juga rakan-rakannya dalam keadaan sederhana dengan hanya sebiji kek yang dibawa masuk oleh isterinya dari halaman rumah Abam.

Melalui perancangan awal, Abam sendiri akan melakukan kejutan dan mengucapkan selamat hari lahir buat Fad, namun ia tidak berlaku apabila dia men1nggal dunia 3 hari yang sudah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 😍 #yangterindah #anak #sakit (@anne_achey) on

Menangis dapat kek

Melihat daripada tulisan diatas kek hari lahir Fad, dia terus sahaja menitiskan air mata kerana kata-kata yang tertulis adalah ayat daripada Abam sendiri.

Persahabatan antara mereka sememangnya sangat kuat sehingga pem3rgian Abam begitu terkesan buat mereka. Walaupun Abam sudah tiada, mereka tetap berjanji akan mempertahankan legasi Bocey sehingga ke akhirnya.

 

Sumber : Anne Achey/RoseMerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Fad Bocey Menangis Sebak Terima Kek Hari Jadi Di Majlis Tahlil Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*