“Happy Birthday To Me” – Setahun Tanpa Ar4k, Mu4laf Luah Rasa Syukur Pelvk Agama Islam

Percaya atau tidak, hidayah itu datang tanpa didvga dan p4ksaan daripada sesiapa

Jikalau seseorang itu sudah dipilih oleh-Nya sebagai insan bertuah yang bakal menerima hidayah tersebut, maka terimalah dengan hati terbuka. Sama seperti yang berlaku kepada lelaki ini yang baru menyambut ulang tahun pertamanya memelvk agama Islam.

Baru-baru ini, menerusi laman Twitter, seorang pemuda bernama Alexander D Santiago telah meluahkan rasa bangganya bergelar seorang muslimin setelah genap setahun memelvk agama Islam

Dalam tweet-nya, pemuda yang lebih mesra disapa Alex itu turut meluahkan rasa syukur dan bangganya kerana telah meninggalkan minuman alk0hol di samping kini telah mempelajari selok-belok ajaran Islam.

Alex telah mengucapkan lafaz syahadah di Masjid Muhammadiah, Ipoh, Perak, pada 9 Februari tahun lalu.

Mengingati saat awal dirinya bergelar seorang mualaf, Alex berkata dia memilih tarikh 9 Februari kerana ianya cukup sinonim bukan sahaja pada dirinya tetapi juga pada isteri Menurutnya, tarikh itu dipilih kerana 9 (September) merupakan bulan kelahiran isterinya, manakala Februari pula merupakan bulan untuk pasangan kekasih (Valentine’s Day).

Bukan itu sahaja, menurut Alex, sebelum penghijrahannya, dia sebenarnya sudah lama terdetik untuk memelvk agama Islam. Bahkan rakan-rakannya juga pernah mengajak untuk dia berhijrah namun disebabkan perasaan takvt, dia kerap menunda niatnya itu.

Walau bagaimanapun, semuanya berubah apabila dia bertemu dengan seorang gadis yang berjaya membuka hatinya untuk memelvk agama itu.

Tambah Alex lagi, dia bersyukur kerana perjalanannya untuk memelvk Islam sangat mudah lebih-lebih lagi dengan sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Ibu bapa saya memang menyokong apa sahaja keputusan hidup saya sendiri kerana sudah dewasa. Apa yang penting bagi mereka saya gembira dengan jalan yang saya pilih,” kata pemuda berusia 25 tahun itu kepada MStar.

“Kawan-kawan juga banyak membantu dari segi memberi pandangan serta membuka fikiran saya untuk melihat lebih jelas apa yang saya mahu dan apa itu ‘tujuan hidup’. Alhamdulillah, saya kini lebih tenang,” tambahnya.

Sumber: Says

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Happy Birthday To Me” – Setahun Tanpa Ar4k, Mu4laf Luah Rasa Syukur Pelvk Agama Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*