“Ada Usaha Rapatkan Semula, Tapi Mereka Lebih Bahagia Selepas Berc3ral” Azmi (Caliph Buskers) Ded@h Fendy, Nadira Pr0fesi0nal

PENC3RAIAN ahli kumpulan Caliph Buskers iaitu Fendy Adlun dan isteri Nadira Rubina rupanya sudah diketahui oleh anggota kumpulan yang lain sejak dua tahun lalu.

Meskipun sudah berp1sah, vokalis Caliph Buskers iaitu Azmi berkata masing-masing bersikap profesional serta tidak mencampuradukkan hal berkaitan kerjaya dan peribadi.

“Sebenarnya kami ahli kumpulan sudah tahu lama mereka berc3rai, sejak hari pertama Fendy ke m4hkamah tapi kami simpan berita ini selama dua tahun.

“Mereka ambil keputusan mend3dahkan mengenai penc3raian itu setelah timbul cakap-cakap pasangan ini cur4ng kerana keluar dengan kawan masing-masing, sebab itulah mereka maklumkan kepada umum.

“Walaupun sudah berc3rai tapi mereka masih dalam satu kumpulan yang sama… buat masa ini tiada rasa janggal kerana masing-masing profesional apabila membabitkan soal kerja,” katanya.

Fendy dan Nadira masih bersama dalam kumpulan Caliph Buskers.

Azmi ditemui semasa sidang media dan latihan teater komedi ser4m, Korupsi Dewan Semandung yang diadakan di istana Budaya pada Khamis.

Pada 27 Januari lalu, pemain dram Caliph Busker iaitu Fendy Adlun dan bekas isterinya itu mengumumkan telah berc3rai hampir dua tahun.

 

“Sejujurnya kami ada cuba rapatkan semula hubungan mereka tapi nampak gayanya mereka lebih bahagia setelah berp1sah!”

AZMI

AHLI KUMPULAN CALIPH BUSKERS

 

Mereka memilih untuk merahsiakan perkara itu kerana enggan mencampurkan soal peribadi dan kerjaya.

Pasangan ini berkahwin pada 3 Mei 2014 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Nurazalea Zafirah yang kini berusia lima tahun.

Sementara itu, Azmi berkata penc3raian itu merupakan jalan terbaik untuk masa depan mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalammualaikum w.b.r… Bak kata lagu khatijah ibrahim, ‘mungkin terpendam kenikmatan sebalik perpisahan’. Apa nak dikata lagi kalau jodoh tak panjang. Diam tak diam sudah 2 tahun aku merahsiakan perpisahan ini dari semua orang. Semuanya telah tertulis. Jodohku hanya sampai disini.. walaupun perit pada mulanya untuk melafazkan, Namun Tuhan sahaja tahu akan isi hati ini dan mengapa ianya terjadi.. Takdir telah menentukan segala²nya.. Semoga dikau Berbahagia hendaknya dan Semoga ada sinar baru untuk aku dan zafirah nanti. Insyaallah papa ada selalu untuk kamu.. Maaf kerana Merahsiakan perkara ini kepada semua atas sebab² tertentu.. . #fendicaliphbuskers #caliphbuskers #hentakrentak #blinddrummer #blindmusician #buskinglife #buskingsolo #caliphbuskers #newsingle #manusia #warnermusic #worldpeaceentertainment #ikhwanfatanna #omark #johnjeeves #buskinglife #blindmusician #hanyanamamu #kaulahdia #buta #hanyamimpi #era #hotfm #sinarfm #mstaronline #tv3 #rtm #mediaprima #whi #mhi #astro #meletop #siakapkeli

A post shared by Fendy Hpilacreksub (@fendydrummer_caliphbuskers) on

Fendy umum sudah berc3rai pada Januari lalu.

Selain itu, ia turut memudahkan perjalanan karier kumpulan Caliph Buskers.

“Terus-terang saya cakap, kalau ikutkan apabila mereka berpisah lagi memudahkan kumpulan… contohnya kalau mereka masih bersama dan katakanlah ada perselisihan faham, mood mereka akan terganggu.

“Tapi selepas mereka berp1sah masing-masing buat hal sendiri dan ianya tak mengganggu yang lain.

“Sejujurnya kami ada cuba rapatkan semula hubungan mereka tapi nampak gayanya mereka lebih bahagia setelah berp1sah,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai karier seni, Azmi berkata dia teruja apabila menerima tawaran berlakon dalam teater Korupsi Dewan Semandung.

Azmi teruja ditawarkan berlakon dalam teater Korupsi Dewan Semandung.

“Apabila dapat panggilan daripada Kak Ogy (Fauziah Ahmad Daud) dan dia tawarkan berlakon, saya memang tak sangka! Sejujurnya rasa sangat teruja tapi dalam masa sama gementar kerana dikelilingi orang-orang hebat.

“Walaupun ini benda baharu tapi saya sukakan cabaran dan dalam masa sama memberikan sesuatu kepada peminat… saya lebih kepada bidang nyanyian jadi dalam teater ini saya akan berlakon dan menyanyi untuk penonton,” katanya.

Selain Azmi, teater ini turut dibintangi oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Joey Daud, Man Raja Lawak, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero.

Teater komedi ser4m, Korupsi Dewan Semandung itu akan dipentaskan di Istana Budaya pada 28 hingga 29 Februari dan 1 Mac ini.

 

Sumber : mStar/RoseMerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Ada Usaha Rapatkan Semula, Tapi Mereka Lebih Bahagia Selepas Berc3ral” Azmi (Caliph Buskers) Ded@h Fendy, Nadira Pr0fesi0nal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*