Pernah Berniaga Sate Dekat Kaki Lima, Kisah Pend3ritaan Didie Alias Runtun Hati Netizen…

Pelakon, pengacara dan pelawak Didie Alias berkongsi kisah menyedihkan apabila dia sebenarnya pernah mend3rita hidup susah sepanjang bergelar ibu tunggal sejak 10 tahun lalu.

Perkara itu dikongsi menerusi satu posting di Instagram, hari ini.

Menurut Didie atau nama sebenarnya Fadzillah Mohd Ali, dia sendiri tidak yakin untuk membesarkan lima orang anak ketika itu.

“Siang aku kerja pejabat, petang aku berniaga sate dekat kaki lima area rumah.

“Tiada kawan dan keluarga. Aku tak mahu keluarga tahu yang aku susah dan ters3ksa, biarlah semua itu ditanggung sendiri,” katanya.

Menurutnya lagi, kini segala perit getir itu Allah balas dengan kesenangan hidup.

“Walaupun tak kaya raya, tapi cukup untuk aku berada di dunia ini sementara.

“Terima kasih Allah, terima kasih anak syurgaku kerana menjadikan saya dihormati sekarang. Aku bangga dengan anak-anak aku, mereka balas dengan kejayaan. Syukur Alhamdulillah.

Terdahulu, Didie mendirikan rumah tangga bersama pelakon era 90-an, Ridzuan Hashim sekitar tahun 1991 namun berp1sah pada 2000.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam Jumaat Semua Tak tahu nape nk tulis jugak… Allah menduga aku selama 10 tahun semasa menjadi ibu tunggal.Akulah Mak Akulah Bapak utk mencari rezeki sorang2 untuk besarkan mereka,sekolahkan,didik dorang,kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,smp anak2 pun tak penah tahu aku nie ade duit ke tak,Aku kuat kerana dorang.Amanah Allah yang diberi tanggungjawab yg sangat besar utk aku.Membesarkan 5 org anak mase tu bg aku rase ya allah mampu ke aku,siang aku keja pejabat,ptg aku niaga sate kt kaki lima area umah aku,xde kwn baik family,aku taknak family aku tahu aku susah aku terseksa biarlah aku yg tanggung..Perit getir yang aku alami sebelum nie Allah balas dgn kesenangan hidup,kebahagiaan hidup,walaupun aku tak kaya raya,tp cukup utk aku berada didunia sementara nie insyaallah.Allah gandakan lagi dengan kejayaan anak2 aku,sampai ade 2 org anak aku seblum nie aku tak mampu nk hantar dorang ke tadika langsung.psl aku xde duit.Terima kasih Allah Terima kasih Anak2 Syurgaku memjadikan MUMY seorang Ibu yang sangat dihormati sekarang,Mase aku menaip nie pun air mata aku meleleh dgn sendiri,Aku bangga dgn anak2 aku,Aku sanggup buat ape saje utk dorang.Dorang balas dgn kejayaan dorang.Syukur Alhamdullillah Tahniah Kakak @niyardzn menjadi pendorong & semangat kpd adik2 kamu.Anak yang ber tanggungjwb,Mumy doakan kakak diberi kejayaan dunia & akhirat,Mumy sayang Anak2 Mumy hingga kehujung nyawa Mumy😘 Tqsm @razi.shn ambil tanggungjwb mumy Tqsm daddy @ishamismaildd Allah nampak keikhlasan u memikul tanggungjwb menjaga anak2 tiri u #akukuat #akutakkesahapeorgnakckp #4FlatMom #Master

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia) on

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima cahaya mata.
 
Selepas itu, Didie kemudian berkahwin kali kedua bersama Norisham Ismail pada Mei 2009.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Pernah Berniaga Sate Dekat Kaki Lima, Kisah Pend3ritaan Didie Alias Runtun Hati Netizen…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*