Mila Jirin Sudah Ada 10 Buah Aset, Netizen Rengsa Tudvh Ri4k & Menunjuk-Nunjuk Pula!

Berkat usaha dan rezeki yang tidak putus dalam perniagaan, penyanyi Mila Jirin berkongsi rasa gembiranya memiliki aset ke-10 di Johor Bahru.

Mila turut meluahkan rasa syukurnya berkongsi sama foto di hadapan banglo mewahnya itu bersama suami, A.Ailis Mustapha.

“Alhamdulillah dah ada rumah di Johor Bahru. Aset kami yang ke-10 di JB insya-Allah.

“Lepas ni 4 hari Puchong, 3 hari di JB lah ye encik suami. Tak pun kita main osom-osom yer.

“Lepas ni nak ke pejabat di JB boleh naik basikal saja,” tulis Mila di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

NAK BERJAYA DALAM KEHIDUPAN??? – Jaga Mak Ayah sebaiknya, kongsi rezeki dengan mak ayah, jangan pernah berkira kira dengan urusan mak ayah…Insya Allah, Allah akan cukupkan…yang penting ikhlas dalam setiap perbuatan… – Taat pada suami…Restu doa Suami, Mak Ayah, dan Mertua Asbab kepada kejayaan Insya Allah… – Jaga hubungan dengan ALLAH, sebab apa?? rezeki ni kan milik Allah….kita ni tak ada apa apa pun, semua nya pinjaman… – Nak berjaya dunia Akhirat, cepat cepat audit bagaimana hubungan kita dengan mak ayah dan mertua… – Bahagiakan Mak Ayah, Insya Allah, Allah bahagiakan kita dengan pelbagai kebahagian (bukan hanya wang ringgit semata mata) – Bersederhana dalam kehidupan…insya Allah, cari KEBERKATAN…Insya Allah akan sentiasa CUKUP – gambar dari @bizmillatravel Jika plan nak bawa mak ayah menunaikan umrah, FOLLOW @bizmillatravel ya 😘

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan perkongsian Mila itu dan menvduh penyanyi lagu Persis Mutiara itu sengaja menunjuk-nunjuk.

“Memang bagus berjaya banyak duit tapi kena peka terhadap tanggungjawab kemasyarakatan juga. Rumah ke 10? 

“Lagipun Islam melarang umatnya berlebihan. Tiada apa nak dibanggakan sebenarnya bila tamak sampai ada 10 rumah sedangkan ramai disekeliling anda satu rumah pun tiada malah yang duduk bawah jambatan pun masih ada,” tulis pemilik akaun @nisawhitby.

Namun, ramai yang masih menjadikan Mila sebagai sumber inspirasi untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

Hingga ada yang menyifatkan penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu sebagai ‘supermila’.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Mila Jirin Sudah Ada 10 Buah Aset, Netizen Rengsa Tudvh Ri4k & Menunjuk-Nunjuk Pula!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*