Akhirnya isteri Abam dedahkan perangai pelik Abam beberapa hari sebelum dia pergi menghadap illahi. Tak sangka sikap Abam begini sebelum dia pergi.

GOMBAK – “Anak macam tertanya-tanya mana pergi bapanya, kepada saya,” demikian menurut isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam yang pergi menghadap illahi, Isnin lalu.

Siti Nurhidayah Mohd Ali berkata, situasi itu membuatkan dirinya sebak kerana suaminya Abam memang rapat dengan anak tunggalnya itu. “Selalu bila malam, anak kami akan kacau Abam dan tepuk belakang Abam. Sebelum tidur dia akan kacau Abam, dah berapa malam anak kami mencari mana Abam.

“Dia tepuk-tepuk saya macam tahu ayah dia sudah tiada. Setiap malam akan jadi macam itu selepas Abam pergi,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette, hari ini. Reaksi anak Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey di rumahnya, Kampung Sungai Salak Gombak, Selangor.

Menceritakan hal itu, Nurhidayah berkata, anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey akan sentiasa memanjat perut Abam setiap malam sebelum tidur. Malah memasuki hari kedua ketiadaan Abam, Syed Uthman Hamzah yang kini lapan bulan lebih banyak diam dan sesekali menangis.

“Sejak Abam tak ada ni, anak kami masih sihat. Alhamdulilah, dan tidak banyak meraagam,” jelas Nurhidayah. Ditanya samada terdapat perubahan drastik sebelum Abam pergi selamanya, Nurhidayah berkata, suaminya ada menyatakan hasrat untuk menikm4ti asam pedas dan cendol. Jadi mereka sekeluarga pergi ke Melaka bagi memenuhi permintaan Abam pada Khamis lalu.

“Sebelum Abam pergi menghadap illahi, Khamis tu dia cakap teringin sangat nak makan asam pedas. Lepas itu dia ajak saya pergi Melaka dan makan asam pedas. Yang pertama itu tidak ikut selera dia, lepas itu petang kami makan lagi. Siap cakap ini baru puas makan asam pedas.

“Malam Khamis itu dia nak makan cendol durian, dia seorang yang makan. Hari Jumaat dia cakap nak deemam,” katanya lagi. Umum mengetahui, Fad Bocey menerima berita pemergian Abam ketika bercuti bersama keluarganya di Tokyo, Jepun. Perasaan terkilan kerana tidak dapat hadir bertemu Abam buat kali terakhir merupakan perkara yang terawal yang diluahkan oleh Fad meskipun dia cuba membeli tiket penerbangan yang paling awal untuk pulang ke tanah air.

Walau bagaimanapun, Fad Bocey telah selamat sampai ke tanah air pada pvkul 1.00 pagi semalam dan dia disambut oleh rakannya Achey. Menerusi Instagram, pelawak itu memuat naik satu video di mana dia menziarahi tempat bersemadi Abam. Sedihnya!

ANGGOTA kumpulan Bocey, Fad, 29, akan memastikan anak tunggal Abam tidak kehilangan kasih seorang bapa. Fad pada perkongsian foto di Instagram mendakap erat anak lelaki Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Menerusi kapsyen ditulis, Fad atau nama sebenar Muhammad Fadzlie Mohd Nizam berhasrat menjaga Hamzah. “Daddy, jaga Hamzah ye nak. Anak daddy empat orang sekarang,” katanya berserta hashtag #kitabaikramaisayang #syeduthmanhamzah.

Perkongsian menyayat hati Fad itu mendapat lebih 300,000 tanda suka daripada pengikutnya di Instagram dan hampir 4,000 komen yang menyokong tindakan Fad untuk berkongsi kasih sayangnya dengan Hamzah.

Fad Meluahkan Lagi Perasaannya Terhadap Abam. Katanya Bukan Tak Boleh Terima Kenyataan Tapi Hati Hanya Rindu.

Sebelum ini terdapat segelintir pengikut yang meminta Achey dan Fad hentikan posting-posting mengenai Abam kerana ia seperti tidak meredhai pemergiannya.

Bro @acheykintangkintung @fadbocey saya rasa dah cukup dah rasanya post gambar abam… Biarlah dia tenang bro… Bukan ape bro… Kesian kat Abam… Saya pon sedih sbb dia dah takde… Lagi satu saya ade jugak merasa kehiIangan atas pemergian keluarga saya…

Saya juga mcm bro… Sedih… Pernah post macam-macam… Tapi saya rasa kesian kat Abam so saya stop post pasal Abam… Bukan tunjuk pandai bro.. just bagi pandangan dan nasihat… Bukan utk bro je tapi untuk semua termasuk saya sendiri… Semoga abam tenang dan ditempatkan di tempat yg mulia… Aminnn…

Kesian Abam…bagi la Abam tenang disana…redha kan pemergiannye…yg hidup pasti pergi…aku dah merasa kehiIangan aku tahu perasaan kau org…

Jika dilihat harini, Fad datang kembali datang ziarahi tempat bersemadi Abam dan menyatakam menyatakan yang beliau hanya rindu bukan tidak redha seperti yang dikatakan warganet. “Bukannya diri ini tak terima kenyataan,hati ini hanya rindu🙏🏻🙏🏻🤲🏻🤲🏻😔😔 AL FATIHAH(DIBACA) #kitabaikramaisayang #bocey”

Jika dilihat rata-rata pengikut Fad dan juga rakan artis turut memahami apa yang dilalui dan dirasai Fad serta Achey.

azhan_rani @fadbocey in shaallah abam dan kebaikkannya akan tetap segar diingatan kami semua. takziah buat bro dan bocey. semoga abam ditempatkan bersama kekasih2 Allah

ippohafiz Terus bangun brother 🙏.AL Fatihah✨

asmidaabdul Post la seberapa byk pun fad.. Luah lah ape yg ade di hati tu.. Post lah seberapa byk pun.. Kami semua tahu kamu s4kitnak hadap benda ni, kami faham awk perlu masa utk lalui benda ni.. Kami faham 😭 semoga Allah beri kekuatan hati fad & achey.. #kitabaikramaisayang

noorahazeni Rindu yg paling s4kitadalah rindu pada yg telah tiada….all fatihah buat abam bocey…

iaarule Allahuakhbar.. setianya fad dengan abam.. every single day ada pos tentang abam.. semoga Abam tenang disana amin

Terdahulu anggota kumpulan Bocey, Fad berkata, dia terfikir Datuk Afdlin Shauki adalah individu paling sesuai menggantikan tempat Abam. Afdlin adalah sifu Fad dan Abam ketika tampil sebagai kumpulan Bocik dalam program Bintang Mencari Bintang di TV3 pada 2013.

“Kalau ditanya saya, saya nampak Datuk Afdlin. Dia sifu saya dengan beliau dulu. Tapi, perancangan itu belum ada sebab belum terfikir nak kembali ke pentas. Cuma, dalam soal mencari pengganti kami terbuka. Nama pun tetap gunakan Bocey. Namun, tentunya tidak akan sama ketika beliau ada. Apa pun, kami ikut aturan ditetapkan,” katanya.

Bukan mudah untuk teruskan kehidupan tanpa insan yang kita sayang. Bagi kami, Fad mahu pun Achey redha cuma dia rindukan Abam. Kita doakan semoga Achey dan yang lain untuk terus kuat. Mereka bukan baru kenal setahun dua malah sudah lama. Sama-sama naik dalam industri dari tidak dikenali sehingga berjaya membawa nama sebagai seorang pelawak yang dikenali ramai.

SUMBER : HarianMetro/IGFad/IGAchey

Ustaz Ini d3dahkan Sesuatu Yang Ada Di Wajah Abam Ketika Dia Memandikan Abam. Warganet Terkejut Dengan Apa Yang Did3dahkan.

Pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey menghadap illahi pada hari Ahad yang lalu pastinya  dirasai oleh insan- insan terdekat dengan beliau. Abam Bocey pergi buat selamanya berikutan demam panas dan s4kitkepala berturut-turut dua hari sebelum pemergiannya. Pemergian yang mengejutkan itu turut dirasai oleh kenalan artis terdekat.

Sewaktu abam Bochey disemadikan, ramai yang terpegun melihat sosok manusia yang datang berpusu-pusu untuk melawatnya, justeru kehilangannya membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah amalan yang dilakukan oleh Abam Bochey sehingga pemergiannya tinggalkan kesan yang mendalam buat insan-insan terdekat dan kenalan artis.

Satu persatu cerita kebaikan Abam tersebar. Kebaikan yang disembunyi disaat hidupnya hanya diketahui setelah pemergiannya. Bermula dari seorang wanita dan anak yang hadir untuk menziarahinya kerana terhutang budi Abam yang membantu membiayai persekolahan anaknya sehingga lah kisah-kisah bantuan & derma yang di hulurkan kepada pelbagai pihak.

Sungguh hebat pengajaran atau ibrah yang ditinggalkan Abam kepada kita. Kini seorang ustaz yang menguruskan Abam, Ustaz Rafie Zainal pula membuka cerita bagaimana beliau sendiri melihat Abam tersenyum berseri setelah di wudukkan.

Beliau juga menjadi saksi sebelum Abam di mandikan terdapat peluh keringat di dahi beliau yang juga menjadi tanda pemergian yang husnul khatimah. “Orang yang beriman itu pergi buat selamanya dalam keadaan dahinya berpeluh” Pemergian Yang Di Cemburui”

Jadikan teladan…

Begitulah hebatnya kuasa sedekah yang disembunyi kan oleh sehingga beliau di angkat mulia di saat pemergiannya. Kasih sayang yang diberikan kepada ibunya, anak malah pada isterinya banyak memberi pengajaran kepada kita semua.

 

Sumber : Metro Terkini/Slamber Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Akhirnya isteri Abam dedahkan perangai pelik Abam beberapa hari sebelum dia pergi menghadap illahi. Tak sangka sikap Abam begini sebelum dia pergi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*