Man Raja Lawak Ganti Abam , Kak Ogy dedah kenapa bukan Ali Puteh

Suasana tidak lagi sama dalam Maharaja Lawak dan banyak perkara yang akan berubah setelah pemergi1an Arw4h Abam Bocey. Semalam telah dibincangkan tentang pengganti watak Abam dalam teater komedi, K0rupsi Dewan Semandung.

Pihak penerbit dan produksi telah bersepakat untuk memilih Man untuk menggantikan tempat Allahyarham Abam. Walaupun menghadapi kesvkaran dalam membuat keputusan, mereka percaya Man Maharaja Lawak mampu untuk menyandang tugasan itu tanpa sebarang masalah memandangkan dia mempunyai bakat yang tersendiri dan watak itu juga sesuai dengan karakternya.

Memetik laporan mStar, Khir Rahman percaya mereka membuat keputusan yang betul.

“Sebelum memilih pengganti, kita melihat beberapa faktor yang sesuai dengan penonton, kita akui Abam ada keistimewaan sendiri, jadi kita perlu cari seseorang yang setara atau yang boleh mengatasi Abam.

“Setelah perbincangan dan menyenaraikan tiga nama, akhirnya kami memilih Man Raja Lawak atau Man Puteh,” katanya kepada mStar.

“Kami percaya Man akan dapat menggantikan arw4h Abam di pentas itu nanti. Man telah melalui evolusi dari awal pembabitan sebagai pelawak sehinggalah terbaru memenangi Maharaja Lawak Mega 2019 Januari 2019,” tambahnya lagi.

Kenapa Bukan Ali,adik Abam?

Sementara itu, Ogy pula mengakui dihujani cadangan pelbagai pihak supaya mengambil Ali, adik Abam bagi menggantikan tempat abangnya.

“Perkara ini tak dapat dilakukan kerana kami ada kriteria sendiri dalam memilih pelakon,” katanya.

Pelakon lain yang bakal membintangi teater komedi seram terbitan Ogy Ventures & Network Sdn Bhd itu nanti ialah pelawak Vicha, Tauke, Mark Adam, Joey Daud, Azrul Chemat, Tapai dan Chiwan serta pelakon baharu, Hanna Halim.

Semoga teater ini berjalan dengan jayanya. Untuk pengetahuan semua, teater komedi seram, Korupsi Dewan Semandung akan dipentaskan di Istana Budaya pada 28 hinggi 29 Febuari dan 1 Mac. Jom ramai-ramai memeriahkan pementasan Korupsi Dewan Semandung. – CARI

Ditanya Siapa Paling Layak Ganti Abam Masuk Kumpulan Bocey, Tak Sangka Fad ‘Petik’ Nama Ni

Fad, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam berkata, kumpulan itu adalah kenangan bersama Abam sekali gus menempatkan nama mereka dalam industri hiburan hingga sekarang.

” Walaupun dia sudah tiada, nama ini akan tetap dibawa sampai bila-bila. Cuma, kami belum bersedia untuk beraksi di pentas tanpa arwh.

” Kami tak tahu nak gambarkan perasaan itu, tapi kami perlu teruskan juga supaya Bocey dan nama arwh akan terus hidup,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya kemungkinan mereka akan mencari pengganti Abam, Fad tidak menolak perkara itu.

Fad berkata, dia terfikir Datuk Afdlin Shauki adalah individu paling sesuai menggantikan tempat Abam.

Sifu

Afdlin adalah sifu Fad dan Abam ketika tampil sebagai kumpulan Bocik dalam program Bintang Mencari Bintang di TV3 pada 2013.

” Kalau ditanya saya, saya nampak Datuk Afdlin. Dia sifu saya dengan arwh dulu. Tapi, perancangan itu belum ada sebab belum terfikir nak kembali ke pentas.

” Cuma, dalam soal mencari pengganti kami terbuka. Nama pun tetap gunakan Bocey. Namun, tentunya tidak akan sama ketika arwh ada. Apa pun, kami ikut aturan ditetapkan,” katanya.

Kumpulan Bocey ditubuhkan pada tahun 2013 telah merangkul dua gelaran juara Maharaja Lawak Mega (MLM) iaitu pada tahun 2016 dan 2017.

Selain itu berikut adalah pencapaian/ kemenangan yang pernah diraih oleh Kumpulan Bocey

2013 : Tempat Ketiga Maharaja Lawak Mega 2013

2014 : Tempat Kelima Maharaja Lawak Mega 2014

2016 : Juara Maharaja Lawak Mega 2016

2017 : Juara Maharaja Lawak Mega 2017

Buat peminat Kumpulan Bocey, berikut adalah biodata ringkas tiga pelawak lelaki yang mengelarkan mereka sebagai Kumpulan Bocey yang terdiri daripada

 

 

Sumber : duniadanakhirat/Slamber Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Man Raja Lawak Ganti Abam , Kak Ogy dedah kenapa bukan Ali Puteh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*