“Adik Ni Nangis Sebab…,” – Layanan Haqiem Rusli Buat Fans Cilik, Ramai Yang Memuji

Baru-baru ini terdapat satu rakaman video yang telah memaparkan penyanyi Haqiem Rusli di laman media sosial.

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan penyanyi yang terkenal dengan lagu Lembah Kesepian itu dilihat sedang beramah mesra bersama peminatnya.

Apa yang menarik, bintang remaja itu turut dilihat bermesra bersama seorang peminat cilik perempuan yang dipercayai menangis kegembiraan apabila bertemu dengan penyanyi kesayangannya itu.

“So sweet @haqiemrusli98_ ni layan fans cilik dia. Cerita dia ramai tengah berebut nak bergambar dengan Haqiem, lepastu adik ni nangis sebab takvt tak dapat jumpa abang Haqiem dia.

“Yang adik tu pun comel je.  #instaSeleb,” tulis kapsyen di Instagram Era.je itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

So sweet @haqiemrusli98_ ni layan fans cilik dia. Cerita dia ramai tengah berebut nak bergambar dengan Haqiem, lepastu adik ni nangis sebab takut tak dapat jumpa abang Haqiem dia. Yang adik tu pun comel je. 😀 #instaSeleb Kredit: twitter Nurin Rohaimi

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji sikap baik dan mesra Haqiem bersama peminat setianya, tak kira tua atau muda.

Untuk rekod, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli dilahirkan pada 16 Jun 1998 di Hulu Langat, Selangor.

Selain Lembah Kesepian, antara lagu lain yang turut melonjakkan namanya ialah Terg4ntung Sepi, Selamat Tinggal Sayang, Jatuh Bangun dan banyak lagi.

Video: Instagram Era.je

 

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Adik Ni Nangis Sebab…,” – Layanan Haqiem Rusli Buat Fans Cilik, Ramai Yang Memuji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*