“Kenal Sejak Umur 17 Tahun,” Zul Ariffin Hanya Sempat Tatap Pusara Ashraf Sinclair

Pelakon popular Zul Ariffin mengambil kesempatan bagi memberi penghormatan terakhir buat rakan baiknya Allahyarham Ashraf Sinclair yang men1nggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung.

Menerusi Instastory miliknya, pelakon yang membintangi filem aksi J Retribusi bersama Allahyarham itu memuat naik beberapa gambar dalam perjalanan ke Jakarta sebelum tiba di tanah perkvburan San Diego Hills, Jawa Barat.

Setibanya di kawasan pengebumian, pelakon berusia 33 tahun itu kelihatan berada di sebelah pusara arw4h yang dipercayai sedang menabur bunga di atas pusara berkenaan.

Menurut laporan Astro Gempak pada tahun lalu, Zul memulakan kerjayanya bersama Allahyarham setelah bergandingan dalam sebuah iklan sekitar tahun 2004.

Tambah Zul, arw4h merupakan individu terawal yang dikenali ketika mula melibatkan diri dalam industri seni sejak berusia 17 tahun.

 

Sumber : Zul Ariffin , Astro Gempak/RoseMerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Kenal Sejak Umur 17 Tahun,” Zul Ariffin Hanya Sempat Tatap Pusara Ashraf Sinclair"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*