“Mungkin Begini Situasi Isteri Dan Anak-Anakku Bila Aku Pergi Nanti” – Aeril Zafrel S3bak Tengok Video BCL Di Pusara

Video yang memaparkan momen penyanyi Bunga Citra Lestari menghadiri majlis pengebumian suaminya, arw4h Ashraf Sinclair benar-benar meruntun hati banyak pihak.
 
Rakaman video yang turut menunjukkan anak tunggalnya, Noah Aidan Sinclair memelvk ibunya dalam keadaan menangis itu mengvndang sebak dalam kalangan netizen.
 
Perkara itu turut dirasai pelakon Aeril Zafrel yang berkongsi video tersebut menerusi satu entri di laman Twitter miliknya.
 
“Lihat video ini..aku terbayang mungkin begini situasi isteri dan anak-anakku..bila aku pergi nanti,” tulisnya.

Status berbentuk luahan Aeril itu kemudian turut diretweet lebih 6,000 kali di Twitter.
 
Rata-rata terkesan dengan apa yang diperkatakan Aeril.
 
“Sedikit sebanyak terasa kan. Saya juga kadang-kadang terbayang kalau saya pergi tinggalkan anak saya yang masih kecil macam mana lah kan. Agak-agaknya anak faham tak,” tulis salah seorang netizen.
 

Bukan itu sahaja, video tersebut juga turut mendapat perhatian penyanyi Akim Ahmad yang berkongsi perasaan yang sama seperti Aeril.
 
“Terfikir sejenak bila lihat anak ini menangis. Kalaulah aku yang pergi. Kesiannya dengan anak-anak,” tulis Akim menerusi status di Twitter miliknya.

Semalam, pelakon Ashraf Sinclair dilaporkan men1nggal dunia ak1bat ser4ngan j4ntung pada usia 41 tahun di Jakarta di Indonesia.

Ashraf dan BCL berkahwin pada 8 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berusia 10 tahun.

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Mungkin Begini Situasi Isteri Dan Anak-Anakku Bila Aku Pergi Nanti” – Aeril Zafrel S3bak Tengok Video BCL Di Pusara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*