Siapa menyangka, setelah timbul teka-teki mengenai kisah Emma Maembong yang dikhabarkan akan berkahwin dengan pilihan hati yang dikenali sebagai Mr S, hari ini terungkap segalanya apabila tersebarnya rakaman video pernikahannya.
Video berkenaan telah dikongsikan oleh Instagram Officialriax dan difahamkan, majlis pernikahan Emma Maembong bersama lelaki pilihan dikenali sebagai Shazli berlangsung dengan cukup meriah.
Majlis pernikahan Emma & Shazli
Dengan lengkap mengenakan busana berwarna putih, Emma Maembong dan pasangan kelihatan sama cantik, sama padan menerusi beberapa rakaman video.
Tahniah diucapkan buat pasangan ini, nampaknya tarikh 20.02.2020 bukan hanya Zahirah Macwilson sahaja bakal bergelar isteri tetapi Emma Maembong juga.
Dalam pada itu, laman Instagram Official Hlive turut memuat naik beberapa keping foto kelihatan Emma Maembong sangat berseri-seri dimajlis bahagianya itu.
Menerusi Hlive, majlis pernikahan Emma Maembong bersama pasangannya itu, dihadiri oleh teman rapat dan keluarga terdekat kedua belah pihak.
Malah, pereka tersohor, Ezuwan Ismail juga berkongsikan sekeping foto pasangan ini, sama cantik sama padan!
Sumber: Instagram/HCL
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh Media
Be the first to comment on "Tahniah! Video & Foto Emma Maembong dimajlis pernikahan raih perhatian ramai"