Isteri Kegvguran, Shahrol Shiro Anggap Belum Ada Rezeki Nak Timang Anak Kedua

Isteri kepada Pelawak Shahrol Shiro, Nor Farhanah Syamimi mengalami kegvguran malam tadi dan sedang menerima r4watandi h0spital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

Shahrol ketika dihubungi Gempak berkata, sungguhpun berasa sedih di atas kehilangan cahaya mata keduanya itu, dia reda dengan ketentuan Allah SWT.

“Siapa tak sedihkan…Walaupun kandungan isteri baru memasuki usia lapan minggu tetapi sak1tnya itu tetap terasa.

“Saya reda dan pastinya rencana daripada Allah itu adalah sebaik-baik rencana. Saya bersyukur isteri berada dalam keadaan sihat sekarang,” katanya.

Terdahulu isteri Shahrol, Nor Farhanah atau lebih mesra dipanggil Anna telah memuat naik berita dvka tersebut di akaun Instagram (IG)nya @anna_danisha.

“Terima kasih ya Allah, untuk rezeki yang kau berikan. Walaupun hanya ada rezeki ianya berada dalam rah1m selama lapan minggu pun, dah cukup membahagiakan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sayangku… Sempena hari kelahiranmu doaku agar kamu menjadi insan yang mulia, Semakin disayang dan menyayangi Allah, Segala urusanmu dipermudah.. Terima kasih kerana menjadi isteri dan ibu yg terbaik dalam hidup ini.. Aku tidak perlukan kamu menjadi wanita sempurna..Tapi yang kuperlukan kamu menyempurnakan hidup ku dengan kasih sayangmu..😘 Selamat Hari Lahir @anna_danisha 😎 #SweetkanSaya #HariLahirIsteriku #LoveUtillJannah #MohonJanganLoya

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro) on

Menurut Anna dia dan Shahrol ke h0spital pada malam tadi (Rabu) dan hasil pemeriksaan doktor selepas diimbas, mendapati kantung bayi sudah keluar dari rah1m.

“Malam tadi ke h0spital Kluang doktor scan tengok semuanya dah keluar. Nasib baik tak kena cuci. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan.

“Terima kasih untuk suami, keluarga, mentua serta kawan-kawan yang banyak membantu. Terima kasih semua,” katanya positif.

Shahrol dan Anna berkahwin pada 18 Mac 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Iskandar Rizqi, 3 tahun.

Selain Iskandar Rizqi, Shahrol memiliki seorang anak lelaki Muhd Adam Danish, 10, hasil perkahwinan pertamanya.

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Isteri Kegvguran, Shahrol Shiro Anggap Belum Ada Rezeki Nak Timang Anak Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*