Oksana Voevodina Dedah Dit3ngking

Menerusi Daily Mail,pend3dahan terbaharu yang dibuat oleh bekas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana atau kini dikenali sebagai Oksana Voevodina mengenai b3kas suaminya Sultan Muhammad V ternyata mengejbtkan.

Panggilan Telefon Dari ‘Bob’

Ini kerana menurut Oksana, dia telah ditengk1ing oleh seorang wanita yang tidak dikenali ketika menjawab panggilan telefon bimbit suaminya dua hari selepas perkahwinan mereka. d3dah Oksana, pada ketika itu suaminya sedang mandi dan pada panggilan telefon tersebut tertera nama ‘Bob’ yang menyangka ianya adalah rakan Sultan Muhammad di Amerika yang ingin mengucapkan tahniah atas perkahwinan mereka.

Namun sangkaan Rihana meleset, kerana panggilan suara itu datangnya dari seorang wanita yang secara tiba-tiba menengk1ingnya dan turut mengaku sebagai isteri kepada Sultan Kelantan, dipercayai seorang model dari Czech Republic. Sejurus selepas itu, Rihana segera bertanyakan pada Sultan Muhammad siapakah wanita tersebut lantas Sultan Muhammad menjawab wanita yang menghubunginya itu adalah b3kas isterinya.

“Dua hari selepas itu, segala-galanya berubah. Suami saya ketika itu sedang berada di dalam kamar mandi”

“Telefonnya berbunyi dan tertera nama Bob. Saya ingatkan ianya adalah dari rakan terdekat ataupun rakan dari Amerika yang ingin mengucapkan tahniah atas perkahwinan kami”

Namun bila saya angkat panggilan tersebut, kedengaran jerit4n suara seorang wanita seperti h1steria yang menjer1it kepada saya. ‘Saya adalah isterinya. Dan jangan berani mengangkat panggilan telefon milik suami saya’ ” kata Oksana seperti yang dipetik dalam Daily Mail.

Diana Petra Isteri Pertama?

Dalam kenyataannya itu, Oksana turut memberitahu wanita tersebut menggelarkan dirinya sebagai Diana Petra.

“Faris keluar dari kamar mandi dan bertanyakan pada saya apakah yang telah terjadi. Lalu dia mengambil telefon bimbit tersebut dan pergi ke bilik yang lain”

“Tidak lama kemudian, dia kembali dan memberitahu panggilan tersebut datangnya dari bekas isteri yang m4rah kerana tidak mengetahui mengenai diri saya (Rihana)”

“Dia turut memberitahu terdapat 1su diantara mereka mengenai urusan harta yang tidak diselesaikan lagi”

“Faris memberitahu bahawa saya adalah satu-satunya isterinya dan sijil pernikahan hanya akan diberikan buat satu-satunya isterinya”

Lebih mengejutkan, Oksana mend3dahkan wanita tersebut turut menghubungi bapanya, Andrey Gorbatenko yang mengaku telah berkahwin dengan Sultan Kelantan itu.

Mesej yang dihantar oleh Diana kepada bapa Oksana

Wanita yang dikatakan sebagai Diana Petra

d3dah Sijil Pernikahan

Dalam perkembangan lain menerusi temubual bersama Ksenia Sobchak yang merupakan ‘anak emas’ kepada Vladimir Putin’s , Oksana telah menunjukkan sijil pernikahan suaminya bersama seorang wanita Czech sekitar tahun 2010. Bagaimanapun, Sultan Muhammad tidak memberi sebarang penjelasan mengenai d4kwaan tersebut selain terdapat sumber yang mengatakan pihak istana meny4lahkan Oksana diatas pengumuman perkahwinannya.

Kad Perakuan Nikah kononnya milik Diana Petra seperti yang dilaporkan Daily Mail

Dikhabarkan antara punca perpi1sahan Oksana adalah kerana pend3dahan penglibatan wanita itu disebuah rancangan realiti sekitar tahun 2013 yang mana dia telah menjalinkan hubvngan int1im bersama seorang lelaki Mexico di dalam sebuah kolam renang.

Biodata Dan Kronologi Kehidupan

1. Kelahiran Astrakhan, Rusia pada 10 Julai 1992.

2. Berusia 27 tahun.

3. Membesar di Taganrog, daerah Rostov-on-Don (juga melalui alam persekolahan di sini).

4. Zaman remajanya dimanfaatkan mendalami subjek Bahasa Inggeris menerusi pengajian di ‘Summer School’, Oxford.

5. Berhijrah ke Moscow pada 2009 sebelum menempatkan diri sebagai penuntut di ‘Plekhanov Russian University of Economics’ bagi pencapaian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi yang diterima pada 2013.

6. Memegang gelaran Ratu Cantik Miss Moscow pada 2015.

7. Kemudiannya berkecimpung dalam dunia fesyen yang membawa kepada penerbitan pakaian renang jenamanya sendiri.

8. Dalam waktu sama, Oksana menyambung pelajaran di ‘Moscow School of Radio and Television’ sebelum layak menerima Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengurusan, setahun kemudian.

9. Menyifatkan dirinya sebagai pakar dalam bidang pemasaran antarabangsa.

10. Pada 2016, dia mengusahakan salun kecantikan beroperasi di Moscow, kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2017.

11. Menamatkan zaman solo dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V melalui rumah tangga yang didirikan pada Jun 2018.

12. Menurutnya, pertemuan pertama mereka terjadi ketika di Eropah sewaktu musim bunga pada 2017.

13. Pasangan ini menyambut cahaya mata sulung lelaki, Tengku Ismail Leon Petra yang juga Tengku Mahkota Kelantan pada Mei 2019.

*Untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai Oksana, ikuti laman sosial Instagramnya, @rihanapetra yang sehingga kini sudahpun mengumpul lebih 315,000 pengikut.

 

sumber: M.B

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Oksana Voevodina Dedah Dit3ngking"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*