‘Pad4m Video Tersebut Sebelum T1ndakan Diambil’ – Siti Nurhaliza

Peminat setia kepada penyanyi Dato Sri Siti Nurhaliza pastinya tidak sabar menunggu buah tangan terbaru dari beliau. Terbaru, penyanyi wanita ini baru sahaja berkolaborasi dengan dua orang rappers iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta menerusi lagu 7 Nasihat.

Namun bagaimanapun, Siti Nurhaliza agak terkilan dan kec3wa apabila lagu ini telah dimuatnaik oleh pihak tidak bertanggungjawab ke saluran YouTube.

Baru dilancarkan malam tadi

Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagram meluahkan rasa kec3wa dengan sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memuatnaik lagu 7 Nasihat ini di platform YouTube. Dia turut memohon agar pihak-pihak tertentu untuk menghorm4ti hak cipta dan karya insan seni.

Malah, dari pihak syarikat Siti Nurhaliza Production (SNP) bersama Universal Music akan segera mengambil tindakan dan mem4ntau hal ini. Dia juga memohon platform berkenaan untuk mem4dam video tersebut dari YouTube.

Humming pun sedap

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

20022020. @kmy__kmo @lstheofficial #Singlebaru #7Nasihat #Siti2020 . 12 tengah malam ini, nantikan di semua platform digital. . Video: @rasafilm.co

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Sejak malam tadi, teaser lagu 7 Nasihat ini juga dikongsi oleh Siti Nurhaliza sendiri. Rata-rata pendengar tidak sab4r untuk menunggu lagu ini dilancarkan dan pengikut perancangan 7 Nasihat dimuatnaik pada 20 Februari 2020.

Melihat respon anak muda

Memetik laporan Metro, Siti Nurhaliza berkongsi mengenai lagu 7 Nasihat berpaksikan kepada elemen muzik kemelayuan dan lirik turut melambangkan kesantunan orang Melayu dalam memberi krit1kan sosial menggunakan bahasa kiasan.

Sebagai artis senior, saya tidak mahu ketinggalan dengan peredaran muzik semasa. Peluang bergandingan dengan duo komposer dan rapper muda ini satu cara untuk saya mendekati peminat muzik dan pendengar yang lebih muda.

Lagu ini sebuah karya istimewa kerana menggabungkan hip hop, rap dan tradisional. Ini juga dapat menyuntik minat generasi muda menghayati gabungan irama yang digarap dengan begitu baik sekali.

Single ini boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula hari ini. Manakala, di platform Youtube pula pada jam 4.00 petang.

 

Sumber: Metro, CTDK/OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "‘Pad4m Video Tersebut Sebelum T1ndakan Diambil’ – Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*