Pelakon Emma Maembong bakal bergelar isteri kepada kekasihya yang dikenali sebagai Mr S, Khamis ini.
Pernikahan itu bagaimanapun dikatakan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Tarikh 20022020 yang merupakan ‘tarikh cantik’ menguatkan lagi kemungkinan ia bakal menjadi hari bahagia buat pasangan ini.
Kredit foto: Instagram Emma Maembong
Begitupun, d4kwaan yang mengatakan kononnya identiti kekasih Emma itu adalah kerabat diraja adalah tidak benar, sebaliknya dia yang berumur 32 tahun merupakan seorang juruterbang yang bertugas di sebuah syarikat penerbangan swasta tempatan.
Sumber memberitahu, Emma dan lelaki berkenaan hanya berkenalan dalam tempoh masa yang singkat sebelum membuat perancangan berkahwin.
Selebihnya info berkaitan pernikahan mereka disimpan rapi atas kehendak keluarga.
Kredit foto: Instagram Emma Maembong
Terdahulu, Emma pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Zizan Razak dan Kamal Adli, selain Syed Abdullah iaitu abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Lain-lain berita mengenai Emma yang menjadi tajuk utama portal termasuk k0ntroversi beliau membuka tudung pada tahun lalu.
Dalam pada itu, menurut Harian Metro, usaha mendapatkan jawapan Emma mengenai desas-desus butiran pernikahan tersebut tidak berjaya apabila mesej WhatsApp tidak berbalas.
Apapun jika benar khabar yang bertiup kencang ini, tahniah diucapkan!
Sumber : Iluminasi/Slamber Media
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh Media
Be the first to comment on "Bakal Suami Emma Maembong Rupanya Bukan Kerabat Diraja Tapi..?"