“Nak Berjaya Jangan Sombong” – Siti Nurhaliza Dedah Nilai Murni Di Sebalik Lagu 7 Nasihat | Artikel | Gempak

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mend3dahkan tujuh nilai-nilai yang terkandung di dalam single terbarunya berjudul 7 Nasihat.

Menerusi laman sosial Twitter, Siti atau lebih mesra disapa Tokti baru sahaja melancarkan single terbaru bersama pasangan duo Kmy Kmo dan Luca Sickta mend3dahkan nilai-nilai tersebut menerusi satu kicauan.

#7Nasihat #Siti2020

  1. Nak berjaya jangan sombong
  2. Dahulukan hormat
  3. Jaga lidah dan tulisan
  4. Jangan lupa diri
  5. Bersihkan hati
  6. Berbaik budi sesama kita
  7. Ingat pesan yang tua 

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya menyokong nilai-nilai murni yang terselit di dalam lagu tersebut.

“Nombor 3 tu berkaitan dengan emosi kemar4han sama ada lidah atau tangan. Apabila m4rah menguasai diri, banyak mudarat akan berlaku. Yang jadi m4ngsa mungkin anak-anak, isteri, rakan-rakan atau orang sekeliling,” tulis seorang wargamaya.

“Nombor 8 tu jangan plagiat. Tak menghargai karya orang langsung siapa-siapa yang plagiat tu,” kata seorang wargamaya.

“Suka dengar lagu ni. Teringat dulu sebelum maghrib kalau tak sampai rumah dah ketar kaki nak masuk rumah. Mummy dan daddy tak pernah pvkul ke mar4h teruk-teruk tapi ntahla tak berani hahahaha,” luah seorang wargamaya lagi.

Kic4uan 7 Nasihat Tokti itu sehingga kini telah menerima hampir 9,000 ulang kic4u dan lebih 10,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Sebelum 7 Nasihat, Tokti baru sahaja muncul dengan single Terang pada November tahun lalu.

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Nak Berjaya Jangan Sombong” – Siti Nurhaliza Dedah Nilai Murni Di Sebalik Lagu 7 Nasihat | Artikel | Gempak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*