Rizalman Umum Bersara Dari Dunia Fesyen

Selepas 30 tahun, Datuk Rizalman Ibrahim memutuskan untuk bersara dari dunia fesyen tanah air.
 
Pengumuman itu dibuat Rizalman ketika pertunjukan fesyen Kesuma Jiwa 2020 di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis.


 
“Ini pertunjukan fesyen saya yang terakhir. Dengan rasa rendah diri saya mengumumkan persaraan saya dari dunia fesyen,” kata Rizalman.

Serentak itu juga, Rizalman telah menyerahkan jawatannya kepada pemangkunya, Faizul.
 
Faizul menjadi pembantu Rizalman sejak 15 tahun lalu.

 
Pertunjukan fesyen Kesuma Jiwa mementaskan koleksi terakhir Rizalman berserta persembahan khas dari Dayang Nurfaizah.
 
Turut sama membuat kemunculan di pentas Kesuma Jiwa penyanyi Hael Husaini, Sherry Alhadad dan Datuk Syafinaz Selamat.

 
Terima kasih Datuk Rizalman Ibrahim!

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Rizalman Umum Bersara Dari Dunia Fesyen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*