Isteri kepada pelawak dan pengacara Fad Bocey, Syaheera Rahman, pada Khamis telah memuat naik foto anak kepada Allahy4rham Abam, Hamzah bersama anggota Bocey.
Syaheera pada ruangan kapsyen telah menulis mereka inilah yang tinggal sebagai ahli keluarga Bocey.
“Sayang Hamzah kami, sekarang ahli keluarga Bocey yang tinggal. Mommy, daddy, Zayan, Hayan, Aminah, ayah, mama, Tiara dengan Ibu.
“Tapi ayah Hamzah tetap bersama kita,” tulisnya yang kemudiannya menjadi pertikaian pengikut di Instagram (IG).
Gara-gara bimbang salah faham berlarutan, Syaheera kemudiannya menyunting semula ruangan kapsyen pada posting tersebut.
Perkara tersebut telah dikongsi Syaheera di ruangan IG Story.
“Dah ini jadi 1su. Takkanlah dalam setiap kapsyen saya nak kena letak kurungan? Sepatutnya benda macam ni tak perlu dipersoalkan pun,” katanya.
Sumber : Gempak/Slamber Media
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh Media
Be the first to comment on "“Mak Dia Jangan Lupa Kak…” – Kapsyen Ditulis Isteri Fad Jadi Pertik4ian Netizen"