Rintihan ibu Ashraf Sinclair

HANYA selepas empat hari pem3rgian pelakon, allahy4rham Ashraf Sinclair, ibunya, Khadijah Abdul Rahman baru mendapat kekuatan untuk berbicara, lapor BH Online.

Khadijah dalam entri laman sosial, Instagram (IG), semalam mengucapkan penghargaannya atas perhatian orang ramai terhadap anak sulungnya itu.

Menerusi akaun IG atas nama Dida Sinclair, Khadijah mengakui sukar untuknya meluahkan perasaan selepas pem3rgian arw4h Ashraf.

“Saya tak tahu mahu bermula daripada mana. Terlalu berat dan sukar menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Bagaimanapun, saya perlu mengatakannya bagi pihak anak saya, Ashraf. Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini yang berkongsi kesedihan dan kesakitan atas pem3rgian Ashraf Daniel Mohamed Sinclair.

“Allah SWT mempunyai rancangan untuknya dan kami dengan tulus hati reda atas pem3rgiannya. Walaupun sukar untuk menerima, tetapi semoga kehidupannya selama 40 tahun ini menjadi terbaik untuk alam akhirat,” katanya.

Luahan Khadijah dikongsi pada ruang komen entri dan hampir 40,000 tanda suka sejak dimuat naik. Kebanyakan mendoakan yang baik-baik untuk arw4h Ashraf dan keluarganya.

Antara kenalan yang meninggalkan komen termasuklah Yasmin Hani dan artis dari Indonesia, Dewi Sandra.

Selasa lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pem3rgian arw4h Ashraf di Rumah s4kitMetropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, pada 4.51 pagi waktu tempatan atau 5.51 pagi waktu Malaysia.

allahy4rham meninggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun.

 

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Rintihan ibu Ashraf Sinclair"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*