“Jumpa Tak Berborak Pun, Pemalu Budak Tu Rupanya,” – Tiada Istilah ‘Nak Try’, Zizan Perjelas Fasal Usik Adik Neelofa, Ameera Khan

Zizan Razak akui tindakannya yang menulis komen di Instgram selain berkongsi mengenai persamaan rambutnya dengan adik Neelofa, Ameera Khan tidak lebih hanya sekadar gurau semata.

Menafikan apa yang dilakukan mempunyai niat lain, pelakon Polis Evo ini menyifatkan bintang media sosial yang sinonim digelar Little Miss Khan (LMK) itu tak ubah sepertoli adiknya sendiri, memandangkan hubungannya baiknya dengan Neelofa.

“Saya dengan LMK (Ameera) tu ibaratnya macam adik saya. Dia adik Neelofa dan hubungan kami baik. Tempoh hari saya ada ke rumahnya selapas diund4ng untuk makan-makan.

“Jumpa tak berborak pun, pemalu budak tu rupanya. Akan tetapi kami semua kawanlah. Tiada istilah ‘nak try’, saja gurau-gurau,” jelasnya kepada MH.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semalam kite datang masak rumah dia. Happy betol dia. Kite rasa dia suka masakan kita sebab kita masak dengan hati yang murni lagi bersih. @littlemisskhan

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Zizan atau nama sebenarnya, Mohammad Razizan Abdul Razak turut menambah, Ameera juga ada memberikan reaksi apabila foto gaya rambut sama di antara keduanya mendapat perhatian netizen.

“Saya tengok rambut dia dengan dengan rambut saya seakan sama. Jadi saya pun cantumkanlah.

“Malah dia pun ada DM saya, katanya ia kelakar. Setakat itu sajalah. Tidak ada lebih pun,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah rambut kita sama. Maksudnya taste kita samalah tu.Harap hati kita sama juga. Nanti sy cari baju pink gini ya dihari sanding kita. @littlemisskhan #zizanmisscall #rambutsama #hatisama #tastesama

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Terdahulu, Zizan,35, ditemui pada majlis pelancaran filem terbaru lakonannya, Bulan & Pria Terhebat di Damansara Utama, baru-baru ini.

Selain Zizan, turut sama terlibat di dalam filem arahan arahan Ghaz Abu Bakar itu ialah Zahirah MacWilson, Maya Karin, Alif Hadi, Sein Qudsi dan Bell Ngasri.

Bulan & Pria Terhebat bakal menjengah pawagam 12 Mac depan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Guys janji dengan saya. Support filem kita support filem Malaysia.. BULAN DAN PRIA TERHEBAT.. photo by @echolaliapictures

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Jumpa Tak Berborak Pun, Pemalu Budak Tu Rupanya,” – Tiada Istilah ‘Nak Try’, Zizan Perjelas Fasal Usik Adik Neelofa, Ameera Khan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*