Penyatuan keluarga besar umat Islam. Malaysia bakal cipta sejarah baru

Hari ini kec0h diperkatakan mengenai perjumpaan antara lima parti pol1tik yang membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, serpihan PKR, PAS dan Amanah.

Berdasarkan laporan daripada Harian Metro, hasil perbincangan tersebut sudah ada 130 kerusi. Itu jumlah kerusi diperoleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membolehkan pensejajaran semula kerajaan dalam masa terdekat.

Penyatuan besar umat Islam

Menurut Harian Metro, ada sumber mengatakan bahawa kehadiran beramai-ramai ini ke Hotel Sheraton Petaling Jaya, pada malam ini bagi menunjukkan bahawa kesepakatan sudah dicapai dan ia bukan lagi cakap kosong mana-mana pihak.

Tambahnya lagi, pertemuan tersebut adalah penyatuan keluarga besar umat Islam dan kita harap ia akan menjadi manfaat kepada rakyat.

“Ini adalah penyatuan keluarga besar umat Islam dan kita harap ia akan menjadi manfaat kepada rakyat…”

Setakat ini, beberapa pihak masih menantikan kata putus daripada Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir berkenaan pensejajaran semula kerajaan.

Berikut pula pandangan mufti perlis

Demi memelihara asas perlembangaan, kedudukan Islam, kes3lamatan negara, kedamaian antara agama dan kavm dan mengelakkan pengkhi1anatan terhadap identiti negara, maka satu pervbahan berani perlu berlaku. Marilah kita berdoa agar keadaan yang lebih baik akan muncul dengan segera. Aamiin!

Semua 131 ahli Parlimen tersenyum selepas makan malam

MAKAN malam yang disertai 131 ahli parlimen bagi kedua-dua pihak tetapi menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkhidmat satu penggal penuh, berakhir dengan senyuman.

Kira-kira seratus penyokong dari pelbagai parti turut berhimpun bagi menunjukkan sokongan mereka.

Sumber memberitahu, taklimat di dalam dewan mengalu-alukan mereka yang telah menandatangani akuan bersvmpah (SD), dengan suasana ceria dan gembira.

Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu dihadiri ahli Parlimen dari enam parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, Warisan, Gabungan Parti Sarawak, Umno dan PAS.

Mereka dari PKR merupakan puak yang menyokong Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Sumber mengatakan bahawa tiada ucapan semasa majlis makan malam itu, tetapi presiden-presiden parti serta Azmin memberikan taklimat mengenai sokongan mereka terhadap kerjasama baharu antara parti-parti untuk membentuk kerajaan baharu.

“Ahli Parlimen duduk dalam kalangan parti mereka dan diberi taklimat oleh pelbagai pemimpin mereka, tidak ada ucapan. Ini bagi menunjukkan solidariti kerana ini adalah kali pertama mereka yang menandatangani SD berkumpul di satu tempat,” kata sumber itu.

Azmin kemudian bertemu dengan para penyokongnya secara tertutup selepas makan malam. – The Star

Anuar nyanyi

hati luka

Posted by Berita Online on Sunday, February 23, 2020

Dalam pada itu, turut tular di media sosial lagu nyanyian Anuar Ibrahim

 

Sumber : Harian Metro/Dunia Dan Akhirat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Penyatuan keluarga besar umat Islam. Malaysia bakal cipta sejarah baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*