“Sungguh Teruja Kerana Diberi Peluang…,” – Neelofa Jadi Selebriti Malaysia Pertama Tonton Pertunjukan Fesyen Versace!

Pengusaha jenama Naelofar dan hos terkenal,  Neelofa mencipta satu lagi momen manis buat dirinya apabila menjadi selebriti pertama dari negara ini yang dijemput untuk menghadiri acara pertunjukan fesyen jenama tersohor, Versace di Milan Fahion Week di Itali baru-baru ini.

Gembira dalam memenuhi jemputan terbabit, Neelofa turut rasa berbesar hati dan gembira sebagai seorang individu yang menggemari fesyen.

“Sungguh teruja kerana diberikan peluang buat pertama kali untuk hadir dan menonton pertunjukan fesyen Versace di sini.

“Saya memang menggemari Versace, lebih-lebih lagi untuk koleksi pada kali ini, banyak item yang diperaga di atas pentas boleh saya gayakan dengan hijab,” katanya.

Selain Versace, Neelofa turut mendapat peluang sama buat pertama kali menonton pertunjukan fesyen jenama Bottega Vaneta.

“Tahun lalu saya menjadi selebriti terawal di negara ini untuk menyaksikan koleksi terkini Prada dan Gucci di minggu fesyen di sini.

“Kali ini saya sekali lagi mendapat peluang sama bersama dua jenama fesyen antarabangsa lain yang turut saya kagumi koleksi terbarunya.

“Rasa terharu kerana dengan pend3dahan positif yang diberikan mereka terhadap saya,” katanya lagi.

Neelofa berada di Milan sejak 21 Februari lalu bagi memenuhi undangan jenama-jenama besar yang mengadakan pertunjukan fesyen di sini.

Dalam perkembangan lain, figura asal Kelantan ini juga turut merancang untuk mengembangkan kerjaya seninya di Indonesia dalam tempoh terdekat.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Sungguh Teruja Kerana Diberi Peluang…,” – Neelofa Jadi Selebriti Malaysia Pertama Tonton Pertunjukan Fesyen Versace!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*