Respek! Semalam KFC, Hari Ini McDonalds… Agong Cemar Duli Agih Makanan Tengahari Buat Petugas Media

Dalam pada negara terkait dengan kemelut pol1tik dengan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, tindakan Yang di Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap petugas media yang sejak Ahad lalu yang ‘berkampung’ di hadapan Istana Negara nyata menarik perhatian masyarakat.

Jika semalam, pihak istana mengejutkan petugas media bersama tengahari iaitu KFC, hari ini Agong mencemar duli menyampaikan sendiri McDonalds kepada petugas media di luar perkarangan istana.

“Yang di Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menyampaikan makanan tengah hari kepada petugas-petugas media di luar Istana Negara hari ini. – FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

#sinarharian #agongkita,” kongsi Sinar Harian.

Titah Baginda, ini hanya sekadar sumbangan kecil kepada petugas media yang bertungkus lumus dalam menyediakan maklumat buat masyarakat.

Tindaka tersebut nyata menunjukkan sifat kasih sayang dan keprihatinan baginda kepada rakyat.

Foto : Instagram Sinar Harian

 

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Respek! Semalam KFC, Hari Ini McDonalds… Agong Cemar Duli Agih Makanan Tengahari Buat Petugas Media"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*