“Bila Dah Berumah Tangga Makin Hilang Perasaan ..” Fitri Haris

Juara program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2), Fitri Haris menyatakan kehidupannya lebih bahagia selepas menamatkan zaman dvda pada tahun lalu.

Kata Fitri, pengurusan jadualnya lebih mudah dan terjaga memandangkan Fazilah Omar adalah isteri merangkap pengurusnya.

“Kehidupan alhamdulillah saya seronok, bahagia. Saya ada anak seorang, isteri saya pun ada seorang jadi lengkap la keluarga kami.

“Tambahan lagi, isteri saya adalah pengurus saya. Jadi dia yang menguruskan segala jadual saya, memang sangat memudahkan,” katanya kepada HLive.

Dalam pada itu, Fitri akui perasaan trauma dalam perkahwinan masih ada cuma makin lama makin hilang.

“Trauma ni boleh datang dalam pelbagai sebab memandangkan kehidupan kita penuh dengan digital. Ia masih ada tapi ‘on off’ la.

“Bila dah berumah tangga makin hilang perasaan itu walaupun perlahan-lahan. Kalau saya tahu macam ni dah lama kahwin,” katanya sambil berselor0h.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Bila Dah Berumah Tangga Makin Hilang Perasaan ..” Fitri Haris"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*