“Umi akan kerap ke Jakarta untuk anak tersayang, Bunga dan Noah” – Keluarga kembali ke Malaysia selepas seminggu pemergian Ashraf Sinclair

IBU kepada allahy4rham Ashraf Sinclair iaitu Khadijah Abdul Rahman memberitahu bahawa keluarga Sinclair sudah pulang ke Malaysia.

Menerusi foto yang di muat naik di laman Instagram pada Rabu itu, dia mengucapkan terima kasih dan bersyukur kepada orang ramai yang mendoakan arw4h anaknya. 

“Assalamualaikum kesemua yang di kasihi. Keluarga Sinclair sudah pun pulang ke Malaysia untuk sementara.

Keluarga datang ke tempat pengebumian Ashraf Sinclair sebelum pulang ke Malaysia. Foto: Instagram @/nazrinkamal.

“Kami bersyukur menerima kasih sayang untuk arw4h Ashraf dan kami mohon doa Alfatihah tidak terputus untuknya,” tulisnya.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu memberitahu bahawa keluarganya akan kerap ke Jakarta untuk melihat isteri Ashraf iaitu Bunga Citra Lestari dan anaknya Noah.

“InsyaAllah dengan izin Allah, saya akan kerap ke Jakarta untuk bersama dengan anak saya tersayang, Bunga dan cucu saya tersayang, Noah,” tambahnya.

Khadijah Abdul Rahman atau mesra dipanggil Dida itu juga meluahkan rasa terharu kerana pem3rgian Ashraf menunjukkan rasa kasih sayang orang di sekelilingnya.

“Saya menyayangi kamu semua kerana mencintai anak saya, arw4h Ashraf.

“Mari kita melakukan perbuatan baik di bumi supaya kita dapat bersama dengannya di Jannah InsyaAllah. Alfatihah. Aamiin,” katanya.

Ashraf Sincalir, 41, menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu di sebuah pusat perub4tan di  Jakarta, Indonesia kira-kira pvkul 4 pagi kerana serangan jantung.

Ashraf meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

 

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Umi akan kerap ke Jakarta untuk anak tersayang, Bunga dan Noah” – Keluarga kembali ke Malaysia selepas seminggu pemergian Ashraf Sinclair"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*