“Macam Cucu Berebut Mainan Kat Opah” – Comelnya Aks1 Petugas Media Ambil Coklat Dari Tun Dr. Siti Hasmah

Isteri Perdana Menteri Interim Tun Dr. Siti Hasmah mencvri perhatian wargamaya apabila mengedarkan coklat kepada petugas media.

Menerusi laman sosial Twitter, Bernama berkongsi sepotong video menunjukkan aksi petugas media yang mengambil coklat yang diagihkan oleh Tun Dr. Siti Hasmah.

“Isteri PM interim, Tun Dr Siti Hasmah mengagihkan coklat kepada petugas media yang membuat liputan kemelut politik negara, ketika tiba di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi,” tulis pengendali akaun terbabit menerusi satu kicauan.

Sambil kereta dipandu perlahan oleh pemandunya, Tun Dr. Siti Hasmah mengedarkan sebekas coklat Kit Kat di luar bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Selain mengedarkan coklat, aksi Tun Dr. Siti Hasmah yang memegang seekor patung harimau turut mendapat perhatian.

Aksi tersebut mengvndang pelbagai respon positif warga Twitter dan rata-ratanya terhibur.

“Hahahaha macam cucu-cucu tengah berebut mainan kat opah,” tulis seorang wargamaya.

“Adakah anda tahu maksud beri Kit Kat ni? Dalam budaya Jepun sebelum exam, pelajar akan diberi Kit Kat. Kit Kat ialah singkatan bahasa jepun “Kitto Katto Katsu” yang bermaksud, “Good Luck” “Never Fail” atau “Pasti Menang”,” ulas seorang wargamaya.

“Abang Polis tu ger4m gamaknya segenggam dia ambik bagi-bagi . Satu-satu je korang ambik lenguh la tangan Tun,” usik seorang wargamaya.

“Tun Siti Hasmah nampak ceria dan sihat. Semoga sentiada di bawah lindungan-Nya,” doa seorang wargamaya.

“Yang ni saya sayang, sentiasa dibelakang suami, bukan di depan atau sebaris tempat. Sentiasa berhemah dan terpuji sifat-sifat yang ada pada seorang isteri ibu nenek. Sayang Tun berdua,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 100,000 tontonan dan 2,000 ulang kicau daripada warga Twitter.

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Macam Cucu Berebut Mainan Kat Opah” – Comelnya Aks1 Petugas Media Ambil Coklat Dari Tun Dr. Siti Hasmah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*