Penuh Wad Chef Wan Dengan Hadiah, Tak Putus Orang Melawat – Kita Baik Dengan Orang, Inilah Ganjarannya!

 

Jarang kita dengar  Dato’ Chef Wan atau lebih senang dipanggil Chef Wan s4kitatau dimasukkan ke w4d. Tiba-tiba, beberapa hari yang lalu Chef Wan berkongsi di Instagramnya yang beliau telah dit4han di h0spital kerana diser4ng peny4kit kayap di kakinya. Seperti yang kita sedia maklum, Chef Wan seorang yang gemar berkongsi dengan pengikutnya perihal kehidupan peribadinya tanpa berselindung. Apa yang pengikut baca di kapsyen Instagramnya, itulah realiti sikapnya.

Walau ada kala, kata-katanya itu kedengaran agak tegas dan lantang, namun banyak pula kebenarannya. Maklumlah, kata-kata daripada seorang veteran yang kaya pengalaman, begitulah. Agak panas telinga untuk mendengarnya, namun jika diteliti maksudnya pasti tiada tujuan terselindung melainkan hanya mahu membetulkan kesilapan yang beliau nampak pada mata halusnya.

Pada sisi lain seorang Chef Wan itu, banyak pula kebaikan dan contoh baik yang boleh kita teladani. Jika tidak, masakan ramai yang menyenangi beliau dan terbvkti saat beliau terl4ntar s4kitbeberapa hari ini, w4dnya begitu sibuk dengan kunjungan keluarga, sahabat-handai dan saudara-mara yang tidak putus-putus menziarahinya. Kongsinya pada satu muat naik di Instagramnya, beliau terp4ksa menghantar pulang beberapa jambangan bunga dan berbakul-bakul buah-buahan ke rumah kerana meja w4d sudah penuh!

Yang baik kita ambil jadikan pedoman untuk kita sebagai generasi muda melalui kehidupan ini dengan lebih baik; kehidupan yang semakin ‘miskin’ dengan nilai-nilai murni dan akhlak yang budiman. Mari kita suburkan kebaikan kepada orang di sekeliling kita, jauhkan sikap pentingkan diri dan berasakan hidup ini hanya untuk ‘aku’ semata-mata. Ini antara yang penulis nampak rutin kebaikan yang selalu Chef Wan amalkan dalam kehidupan sehariannya.

 

Kebaikan Chef Wan yang Wajar Dijadikan Contoh:

 

 

Menjaga dan berbakti kepada ibu

 

  • Siapa yang rajin menjenguk ke Instagram milik Chef Wan, pasti kenal sangat dengan ibunya yang dipanggil, Cik Ani itu. Dek selalu berkongsi hal kehidupan ibunya itu, Cik Ani memiliki golongan peminatnya sendiri. Lihat bagaimana Chef Wan menyantuni ibunya. Tanpa segan silu dibawa ibu yang sudah tua itu ke sana-sini malah bertemu dengan tetamu atasan. Diberi r4watanterbaik dan diberi makan yang bagus-bagus.

 

Selalu Membantu Keluarga

 

  • Walaupun pernah berdepan dengan beberapa krisis kekeluargaan sebelum ini, namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berbudi kepada ahli keluarga yang sudi menerimanya. Chef Wan dikatakan banyak berkorban untuk keluarga dan sangat pemurah. Malah, suka meraikan anak dan cucu-cucunya dengan pemberian istimewa. Menggembirakan kanak-kanak sesuatu yang sangat digalakkan dalam Islam.

Amalan Mengeratkan Silaturahim

  • Penulis masih ingat ketika Hari Raya yang lalu,  Chef Wan yang beraya tanpa keluarga yang besar mengambil inisiatif menggembirakan Lebarannya dengan membuat lawatan ke rumah-rumah saudara-maranya. Lebih mengharukan, Chef Wan turut membawa ibunya bersama untuk bertemu adik-beradiknya dan kaum keluarganya yang sudah lama tidak berhubungan. Walau dalam jarak yang jauh, Chef Wan sanggup meredahnya demi menyantuni pak cik dan mak cik yang pastiya mengeratkan lagi hubungan silaturahim mereka.

 

 

Suka Meraikan Teman-Teman

 

  • Tidak kira apa pun latar belakang dan keturunan sahabat-handainya itu, Chef Wan dilihat begitu gemar meraikan mereka dalam majlis yang pasti membawa kegembiraan kepada orang lain. Rumahnya sudah menjadi satu lokasi perjumpaan biasa apabila meraikan sesuatu yang istimewa dengan hidangan makanan pelbagai dan alu-aluan yang membuatkan mereka rasa bagaikan berada di rumah sendiri. Rumah yang selalu dikunjungi tetamu itu, membuka pelbagai barakah di dalamnya.

Berbuat Baik Dengan Pembantu

 

  • Selalu juga Chef Wan berkongsi video beliau bergurau-senda dengan pembantu rumahnya. Ada kala Chef Wan sendiri memasakkan hidangan istimewa untuk mereka. Seperti yang pernah penulis baca dalam kapsyennya, apa yang dimakan oleh tuan rumah, itu jugalah yang dimakan oleh pembantu-pembantunya.

 

Menjaga Orang S4kit

 

  • Nah, di sinilah yang kita nampak impak kebaikannya itu berbalik kepada dirinya saat beliau pula ditimpa kes4kitan. Chef Wan masih meneruskan sumbangan, nafkah dan berbakti kepada bekas isterinya walaupun sudah lama mereka bercerai. Lebih mengagumkan, beliau kini menjaga isterinya itu yang sedang s4kit. Semua kos perbelanjaan perub4tan ditanggung oleh Chef Wan dan beliau sentiasa memantau kesihatan bekas isterinya itu. Berapa ramai bekas suami di luar sana yang masih mengambil berat hal ehwal bekas isteri yang dicer4ikan?

 

 

Dan, mungkin ada banyak lagi kebaikan-kebaikan lain yang dilakukan beliau yang kita sendiri tidak tahu. Apa pun, didoakan Chef Wan lekas sembuh dan diberikan kesihatan yang lebih baik agar dapat terus menabur bakti kepada ibu, keluarga dan masyakarat.

 

Sumber : Gempak/Kisah Kita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Penuh Wad Chef Wan Dengan Hadiah, Tak Putus Orang Melawat – Kita Baik Dengan Orang, Inilah Ganjarannya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*