“Bayi Belum Lahir Lagi Sudah Menerima Kec4man”, – Netizen Doa Kegvguran, Perasaan Eyra Hazali Terganggu

Aktres Eyra Hazali mend3dahkan mendapat respon neg4tif daripada netizen selepas berkongsi berita kehamilan kepada umum.

Kata Eyra, terdapat segelintir manusia yang sanggup mendoakan supaya kandungannya gvgur. 

“Tujuan umum kehamilan kerana mahu berita gembira ini keluar daripada mulut saya, bukannya orang lain. Tak sangka pula pengumuman ini mendapat maklum balas neg4tif.

“Ada yang tak suka hingga mendoakan perkara tak baik terhadap kandungan. Kalau saya ceritakan semuanya, mesti ramai yang terkejut.

“Antara komen yang paling teruk diterima selepas membuat pengumuman kehamilan adalah ada yang menganggap saya terlalu gembira dan akan gvgur tak lama lagi,” katanya kepada Gempak.

Eyra telah ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda di mmCineplexes, e-Curve, Damansara.    

Dalam pada itu, pelantun utama drama Mr Grey akui perasaannya agak terganggu dengan komen-komen yang ditinggalkan di media sosial.

“Kasihan bayi saya, belum lahir lagi sudah menerima kecaman netizen. Tak dinafikan, emosi saya terganggu apabila membaca komen tetapi saya tak balas. 

“Malas nak layan dan saya biarkan sahaja. Lebih baik saya fokus kepada kehamilan saya.

“Selalunya Haziq akan baca komen terlebih dahulu, selepas saya bangun tidur. Mana-mana komen tidak sesuai dan berunsur neg4tif, dia akan sekat sebelum saya baca. 

“Walhal, saya sudah baca awal-awal, cuma berpura-pura tak tahu. Dia pantau komen kerana saya sering menjadi m4ngsa serangan netizen sejak kami berkahwin,” katanya lagi.

Selain Eyra, filem tersebut turut menampilkan ramai pelakon hebat yang lain antaranya Nadia Brian, Amar Ashraf, Datuk Fizz Fairuz, Eyra Hazali, Octavia Manrose dan penyanyi kelahiran Indonesia iaitu Firman Siagian. 

Filem arahan Bade Hj. Azmi itu sudah memulakan tayangan di pawagam seluruh negara mulai 27 Februari.

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Bayi Belum Lahir Lagi Sudah Menerima Kec4man”, – Netizen Doa Kegvguran, Perasaan Eyra Hazali Terganggu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*