Saya Tidak Boleh Lihat Wajah Cucu Kerana – Mak Arwh Abam

Tak tahu apa cerita menantu, cucu’

KUALA LUMPUR: Ibu allahy4rham Abam Bocey, Sabariah Arshad mend4kwa tidak tahu menahu perkembangan menantu, Norhidayah Mohd Ali dan cucunya, selepas mereka meninggalkan rumah pada hari keenam arw4h pergi.

Sabariah, 63, mend4kwa Norhidayah tidak menyimpan nombor telefonnya, malah tidak meninggalkan sebarang pesanan apabila meninggalkan rumah.

“Dia tidak ada nombor telefon saya. Sama juga, saya tidak menyimpan nombor telefonnya. Jadi, saya tidak tahu keadaan mereka.

“Saya tidak pernah menyuruh dan tidak melarang jika dia hendak keluar dari rumah yang disediakan arw4h.

“Norhidayah tidak cakap apa-apa ketika keluar dari rumah. Biarlah, saya pun malas hendak ambil tahu. Saya sudah tua dan tidak larat lagi,” katanya ditemui selepas majlis tahlil dan doa selamat untuk arw4h Abam anjuran Astro di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.

Mengaku bvtahuruf, Sabariah berkata, dia tidak menyimpan nombor telefon Norhidayah kerana tidak tahu menggunakan telefon bimbit.

Bagaimanapun, Sabariah berkata, dia hanya menyimpan tujuh nombor telefon iaitu empat anaknya, dua cucu dan seorang lagi menantu.

Namun, tambahnya, semua nombor itu dimasukkan ke dalam data telefon bimbitnya oleh anak-anak.

“Saya bvtahuruf dan tidak pandai menggunakan telefon bimbit. Jika hendak menelefon anak-anak, saya hanya menekan punat ‘speed dial’ sahaja.

“Pada usia sekarang, saya malas hendak fikir perkara remeh. Saya reda dan maafkan apa sahaja orang lakukan kepada saya.

“Saya hanya fikir siapa yang nak bela dan beri saya makan selepas ketiadaan abang… Itu sahaja.” katanya.

Bagaimanapun, Sabariah mengaku rindukan cucunya.

“Tapi dalam keadaan sekarang, saya hanya memikirkan mengenai arw4h. Selama 32 tahun dia hidup, kami tidak pernah berpisah.

Lagi pun, saya tidak boleh lihat wajah cucu kerana asyik teringatkan arw4h,” katanya.

Mengenai hasrat usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mahu bertemu dan meminta maaf atas kontr0versi yang timbul, Sabariah berkata:

“Jika dia hendak meminta maaf, tidak perlu bawa kamera. Datang dan jumpa secara empat mata sahaja. Jika dia hendak bawa kamera, lebih baik tidak payah jumpa,” katanya.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhhtar Syed Mohd Ridhuan menghembuskan nafas terakhir ak1bat dem4m pan4s di kediamannya, pada 10 Februari lalu.

arw4h meninggalkan Norhidayah dan anak berusia lapan bulan, Syed Uthman Hamzah Al Jufrey.

sumber  https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/02/660126/tak-tahu-apa-cerita-menantu-cucu

 

Sumber: Pena Kita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Saya Tidak Boleh Lihat Wajah Cucu Kerana – Mak Arwh Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*