“Kenal Dia Daripada Tak Fasih Cakap Bahasa Melayu Lagi …” – Ashraf Muslim Kongsi Kenangan Arw4h Ashraf Sinclair & Abam

Pelakon Ashraf Muslim berkongsi kenangan mengenali dua selebriti tempatan yang men1nggal dunia baru-baru ini allahy4rham Ashraf Sinclair dan Abam Bocey.

Kata Ashraf, dia mengenali kedua-dua figura ini dan akui keperibadian mereka benar-benar menyenangkan banyak pihak untuk bekerjasama dalam pelbagai projek.

“Kedua-duanya sahabat saya dan kami punyai sejarah bersama, pernah juga bekerja bersama-sama.

“Saya mengenali Ashraf daripada dia tak pandai bercakap bahasa Melayu lagi, berlakon dalam drama Renjis ketika itu dan pernah tinggal berjiran di Damansara Perdana suatu ketika dahulu.

“Harus saya nyatakan, arw4h seorang yang baik dan banyak membantu. Malah, dia juga tak lokek untuk bertanya dan meminta pertolongan.

“Sama juga seperti arw4h Abam yang pergi dalam keadaan diingati ramai… Kami pernah ada program bersama ketika bulan Ramadan dan sebagai sahabat saya, saya tahu sejauh mana baik dia,” kongsi Ashraf.

Ashraf yang ditemui pada majlis pelancaran Haney D’Jiwa di EQ Plaza Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui terkesan dan mendoakan kedua-duanya dicucvri rahmat.

“Kami pernah duduk bersama-sama dan gelak bersama suatu ketika dahulu namun takdir Allah menjemput mereka terlebih dahulu.

“Sama-sama kita doakan sahabat-sahabat saya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan Allah meringankan az4b kvbur,” tambahnya.

Abam terlebih dahulu men1nggal dunia pada 10 Februari lalu di rumahnya ak1bat dem4m pan4s.

Sementara Ashraf men1nggal dunia 18 Februari lalu kerana ser4ngan j4ntung di kediamnnya di Jakarta, Indonesia.

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Kenal Dia Daripada Tak Fasih Cakap Bahasa Melayu Lagi …” – Ashraf Muslim Kongsi Kenangan Arw4h Ashraf Sinclair & Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*