“Tunggu Mak P4ksa Baru Saya Cari Pasangan” Zizan Razak Pernah Fikir Diri Bermasalah, Pvnca Hvbungan Cinta Tak Menjadi

PELAKON dan pelakon Zizan Razak mengakui dia pernah menganggap dirinya bermasalah apabila sering gagal dalam setiap hubungan percintaan.

Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, berkata dia kini lebih matang dalam soal cinta dan mengambil perkara yang berlaku secara positif.

“Memang pernah terfikir saya sendiri bermasalah ke tapi kini, saya lebih matang bila bercerita mengenai soal cinta. Bila fikir balik, Allah tahu yang terbaik untuk kita.

Zizan pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Juliana dan Emma.

“Jadi, saya perlu fikir positif. Kita hidup di muka bumi ini bukan hanya untuk diri kita saja tapi untukNya. Apa yang berlaku, bukan kehendak kita tapi semuanya perancangan daripada Allah.

“Dia yang di atas menentukan dengan siapa kita layak bersama,” kata Zizan kepada mStar.

Sebelum ini, Zizan pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Juliana Evans sekitar tahun 2012.

 

“Saya pernah mencuba untuk ke arah itu tapi apabila rezeki lain datang, saya fokus pada kerja dahulu.”

ZIZAN RAZAK

PELAKON

 

Manakala sekitar 2013, Zizan mula bercinta dengan pelakon Emma Maembong namun percintaan itu hanya bertahan selama dua tahun.

Juliana dan Emma kini sudah berkahwin dan menjalani kehidupan bahagia bersama suami masing-masing.

Dalam pada itu, Pelakon Polis Evo ini memberitahu dia pernah mencuba untuk mendirikan rumah tangga namun tiada jodoh.

Zizan mahu melihat kesungguhan ibunya untuk dia berkahwin.

“Buat masa sekarang saya ada juga terfikir soal kahwin. Saya pernah mencuba untuk ke arah itu tapi apabila rezeki lain datang, saya fokus pada kerja dahulu.

“Lagipun, saya nak tengok kesungguhan mak nak saya kahwin itu macam mana. Kalau dia dah p4ksa, baru saya akan mencari pasangan.

“Sekarang ini, mak saya masih tenang saja dan keputusan untuk berkahwin itu bergantung pada saya,” ujarnya.

 

Sumber : mStar/RoseMerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Tunggu Mak P4ksa Baru Saya Cari Pasangan” Zizan Razak Pernah Fikir Diri Bermasalah, Pvnca Hvbungan Cinta Tak Menjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*